Home Klik Di Bawah

Isnin, 9 September 2013

Senjata-senjata canggih buatan Mujahidin Syria

Awal konflik Syria bermula ketika dulu, kita dapat melihat bagaimana Mujahidin Syria dengan sumber senjata yang terbatas mampu mencipta plat-plat logam buangan menjadi perisai tempur yang hebat, dikendalikan dengan stick PS. Nama perisai itu adalah Ash Sham 1 dan kemudiannya mengeluarkan versi kedua yang lebih baik, Ash Sham 2.

Mujahidin juga berjaya menghasilkan meriam artilleri " Jahannam " dengan peluru berpandu yang mampu menjangkau jarak lebih dari 1 batu. Uniknya, projectiles roket tersebut menggunakan tabung LPG. 
 
 

1 . Kereta besi dengan kubah kereta kebal.
1
Kubah atas yang memuatkan meriam utama diambil dari kereta kebal tentera Rejim Syria yang meletup akibat serbuan Mujahidin. Kubah itu diubah dan dikimpal dengan sebuah wagon besi treler yang ditarik oleh sebuah kereta di depannya. Kelihatan kurang berkesan tetapi setakat ini berjaya membuat barisan musuh kucar-kacir.


2. Mortar Truck
2
Senjata yang membuatkan tentera Rejim ketakutan. Sebanyak enam pelancar mortar dibina menjadi satu barisan. Ia dapat melancarkan mortar satu per satu ketika serangan. Menakutkan dan boleh mengakibatkan barisan musuh hancur dan tentera Assad lari dari medan peperangan.


3. Robot Machine Gun
3
Sesuai dengan namanya. Robot pengawal yang dilengkapi dengan machine gun. Teknologi robot dikategorikan sebagai teknologi canggih. Tapi sumber Mujahidin Syria yang terhad dengan sumber apa adanya mampu untuk membina robot dari bekas runtuhan bangunan. Tanah yg berumput, kasar dan berbatu menghalang prestasi robot ini. Tetapi setakat ini, sudah cukup berkesan menahan gerakan pasukan Assad dan mengurangkan korban jiwa Mujahid.


4. Wireless Machine Gun
4
Senjata yang hebat. Berbeza dengan model Robot Machine Gun di atas. Mesingan ini tidak perlu dikendalikan dengan kontroller berwayar. Tapi dengan controller wifi jarak jauh. Sayangnya senjata ini belum dipasang dengan kamera menyebabkan tembakan kurang tepat dan tentu tidak boleh mereload peluru sendiri. Fungsi mesingan ini hanya mampu untuk menakut-nakutkan dan menjatuhkan moral musuh. Minimum untuk memberikan tembakan perlindungan.

Di Iraq , Mujahidin Ansar al Islam beberapa tahun lalu sudah mengembangkan senjata model ini dan lebih maju dengan memasang kamera di atas senapang mesin.

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber shoutussalam.com
detik islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan