Home Klik Di Bawah

Isnin, 16 September 2013

TIPS: Cara Nak Elak LELAKI GATAL!

Jadi perempuan memang susah. Jalan-jalan seorang diri sahaja pasti diganggu.Jadi bagaimana hendak elakkan diri diganggu lelaki yang tidak diminati? (Ala, kalau David Beckham yang kenyit mata, takkanlah kami tolak. Tetapi ini, mat rempit, sah-sahlah kami tidak berminat).

Di sini kami senaraikan cara-cara bagi memastikan anda tidak diganggu lagi oleh lelaki miang.

Pasang muka sombong

Lumrah manusia akan perhatikan wajah orang sebelum menyapa. Kalau wajah yang tersenyum ramah, memang ramai berminat untuk mengusik. Namun wajah ketat yang sombong dan nampak garang pasti menyebabkan lelaki tidak berani dekat. Nak elak jadi mangsa lelaki gatal mudah sahaja, pastikan dahi berkerut dan muka macam nak makan orang. Pasti tidak akan diganggu.
 


Pakai cincin

Saya suka cara ini. Pakai cincin tipu,kononnya anda sudah bertunang atau berkahwin. Lelaki Asia jarang ganggu wanita sudah berkahwin (melainkan wanita itu melayan). Tidak perlu cincin berjenama Tiffany, asalkan nampak macam cincin tanda cukuplah. Dan pastikan pakai di jari yang betul!

Main telefon

Buat-buat sibuk. Tengok mesej atau balas e-mail. Biarpun si lelaki tersebut bersiul atau bercakap dengan anda, buat tak tahu sahaja.

Pastikan dikelilingi teman-teman cantik

Ini berdasarkan kajian saintifik. Kalau dikelilingi teman yang lebih cantik, anda tidak akan diganggu kerana pemangsa (jantan gatal itu) akan sibuk ganggu perempuan yang lebih cantik. Betul atau tidak, boleh mencuba. 
- news.mylaunchpad.com.my/mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan