Pelajar di sebuah sekolah sedang belajar mengenai “Tujuh keajaiban
Dunia”. Sebelum mengajar, guru tersebut meminta murid-murid menulis 7
ajaiban dunia yang diaorang tahu, tulis atas kertas dan hantar kepadanya
untuk mengetahui pengetahuan am diaorang.
Semua murid telah menghantarnya walaupun jawapannya kebanyakannya yang
kurang tepat. Jawapan standard dioarang ialah Menara condong
Pisa,Piramid,Grand Canyon, Taj Mahal etc
Selepas murid-murid telah menghantar, guru tersebut memerhatikan
seorang pelajar yang belum menghantar kertas jawapannya.Guru itu lalu
bertanya kepadanya adakah dia mempunyai sebarang masalah….
Murid itu menjawab….
“ya, sikit. Saya tidak boleh memilih kerana banyak sangat”
Guru berkata, “banyak sangat? baiklah, katakan pada kami apa yang awak ada”
Murid itu diam sejenak,kemudian membaca, “Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia” adalah
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh Menyayangi
5. Boleh Merasa
6. Boleh ketawa
7. dan boleh Mencintai
Kelas pun sunyi sekejap….
Renungan…..
Alangkah mudahnya bagi kita untuk dapat melihat hasil eksploitasi
manusia dan kita menyebutnya “Keajaiban“. Sementara untuk semua yang
telah Tuhan kurniakan kepada kita, kita menyebutnya sebagai hal
“Biasa”….
Semoga hari ini anda diingatkan tentang segala hal yang betul – betul
ajaib dalam kehidupan anda dan semoga kita tidak akan pernah lupa lagi
akan Tujuh Keajaiban Allah dan selalu mensyukurinya.
love-love islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan