Ada banyak kejadian aneh dan misteri yang tak dapat dijelaskan dengan akal normal. Secara ilmiah sukar dihuraikan, mungkin melalui kejadian supranatural.
Artikel ini bukan bermaksud membahaskan kejadian pelik tersebut, tapi
kejadian-kejadian ini benar-benar terjadi dan sampai sekarang tidak
mampu dijelaskan sebabnya. Bahkan FBI juga telah angkat tangan untuk menyiasat tentang kes-kes tersebut.
Berikut 10 kejadian aneh dan misteri dari berbagai pelusuk dunia, perkara aneh yang terjadi di dunia :
1. Rumah Hantu The Amityville
Anda pernah
menonton filem horror Amityville House? Tahukah Filem yang diangkat dari
novel horror karangan George dan Kathy Lutz, begitu menyeramkan ketika
ditayangkan di pawagam.
Tapi tahukah
anda bahawa sebenarnya semua kejadian horror itu adalah kisah benar.
George dan Kathy menulisnya dalam novel berdasarkan kejadian sebenarnya
yang kemudian diangkat ke pawagam. Orang percaya penulis sebenarnya
adalah orang yang mengalami kejadian tersebut.
Kisah rumah berhantu itu berlaku pada tahun 1975 ketika pasangan suami isteri pindah ke sebuah rumah di Amityville, New York. Pasangan baru pindah ini tidak tahu bahawa rumah itu pada 13 tahun sebelumnya pernah terjadi peristiwa mengerikan. Anak
lelaki pemilik rumah telah menembak mati semua keluarganya yang
berjumlah enam orang. Semasa ditangkap, dia mengaku, membunuh kerana
arahan suara yang bermain-main di kepalanya.
Tapi anehnya, keenam korban di temui tertelungkup di tempat tidur mereka. Mereka nampak tidur seperti biasa, tidak ada tanda bahawa mereka sebelumnya minum ubat penenang.
Ini memang menjadi misteri yang aneh. Sementara pelaku Ronald DeFeo
disumbatkan ke penjara di New York dan terpenjara di sana sehingga mati.
Berbalik
kepada keluarga baru pindah ke rumah horror itu. Selama 28 hari di sana,
banyak kejadian misteri dan mengerikan dialami pasangan ini. Bukan
hanya bau busuk yg tiba-tiba datang, atau suara ketukan yang bising,
tapi juga serangan fizikal yang tidak diketahui siapa pelakunya.
Malah salah
seorang anggota keluarga melihat nampak lembaga menyeramkan dengan mata
merah bersinar. Kathy menemui sebuah ruang kecil, anjing tidak mahu
dekat ke sana. Ada apakah?
2. Misteri Kematian Mary Reeser
Ini kejadian luar biasa yang sehingga kini tidak boleh dijelaskan oleh akal normal. Mary Reeser, lahir pada 1881, ditemui hampir seluruh badannya hangus dijilat api di rumahnya di Florida pada 1951.
Tapi
anehnya, walaupun seluruh tubuhnya rentung, kaki kirinya tidak dijilat
api dan normal tanpa cacat sedikitpun. Ini tentu sangat mustahil. Lebih
aneh lagi, seolah-olah api hanya mensasarkan tubuh Mary Reseer saja.
Kerana ruangan di sekitarnya tempat dia ditemui, sama sekali tidak
terbakar. Padahal dianggarkan suhu api begitu tinggi sama dengan kremasi
mayat, dan sepatutnya menyambar ke seluruh ruangan bukan hanya tubuh
wanita itu.
FBI telah datang untuk melakukan penyelidikan, forensik pun ikut ambil bahagian dalam siasatan itu, tapi tidak boleh memberi jawapan kenapa boleh terjadi demikian.
“Saya merasa
sukar percaya hal ini. Tubuh manusia yang terbakar dengan suhu tinggi,
boleh hanya tinggal kaki yang normal tak terbakar sedikitpun.
Apa
sebenarnya yang terjadi pada malam 1 Julai 1951 itu? Ini sungguh suatu
misteri. Seharusnya seluruh ruangan ini hangus terbakar. Ini adalah
kejadian paling luar biasa yang pernah saya lihat.
Rambutnya pendek dengan wajah seperti orang ketakutan amat sangat. Saya merasa seperti tinggal di abad pertengahan, di mana orang banyak berbicara tentang sihir dan ilmu hitam,” ungkap Profesor Krogman dari University of Pennsylvania’s School of Medicine. Ia mengaku tak mampu menjelaskan misteri ini.
3. Misteri Jejak Syaitan Berkeliaran di Devon
The Devil’s Footprints adalah nama yang diberikan untuk sebuah fenomena yang aneh terjadi di Devon, Inggeris pada
tanggal 8 Februari 1855. Setelah salji yang turun di malam hari,
keesokannya muncul jejak-jejak kaki di salji berukuran 1,5 inc (4 cm)
dan lebar 2,5 inc (6,35 cm).
Jejak-jejak
itu bertebaran di seluruh kampung. Bukan hanya itu jejak -jejak itu juga
ada di atap bahkan di dinding bangunan yang tinggi.
Penduduk
kampung menjadi hairan, risau dan tak mengerti fenomena apa itu. Kerana
tak jelas, orang pun mulai berfikir tentang makhluk aneh malah mungkin
syaitan yang berkeliaran di kampung mereka. Itu sebabnya muncul istilah
Devil’s Footprint.**
4. Misteri Zana ‘Manusia Purba’
Kejadian
aneh ini terjadi pada abad pertengahan, sekitar abad 18. Ochamchir,
seorang pemburu di wilayah Georgia ketika itu masih berada dalam
Kesatuan Soviet.
Pemburu ini
menangkap seorang perempuan liar di mana lengan, kaki dan jari ditutupi
rambut tebal. Perempuan aneh ini diberi nama Zana.
Memandangkan liarnya, untuk menenangkannya pada awalnya dia terpaksa dikurung selama bertahun-tahun dengan makanan yang dilemparkan kepadanya.
Setelah ia tenang, barulah Zana dibebaskan dan diajar mengerjakan perkara-perkara ringan. Seperti menggiling jagung, dll.
Uniknya, Zana memiliki daya tahan tubuh yang tinggi lebih dari manusia biasa. Dia tahan pada cuaca sejuk luar biasa, namun dia tidak tahan pada udara panas dalam ruangan.
Dia sangat
suka makan buah anggur dan tanaman menjalar. Dia banyak minum dan boleh
tidur berjam-jam. Yang anehnya, dia boleh memiliki banyak anak dengan
ayah yang berbeza-beza.
Tapi
kebanyakan anak-anaknya mati kerana Zana memandikan mereka di sungai
sejuk yang hampir beku. Penduduk kampung khuatir dengan sifat aneh Zana,
dan mereka pun mengambil anak-anaknya menjauhi ibunya.
Anak-anak
Zana tidak seperti ibunya, mereka membesar seperti manusia biasa dan
mereka juga telah dijadikan anak angkat oleh beberapa penduduk desa.
Zana meninggal dunia di kampung itu tahun 1890 dan anak bungsunya
meninggal 1954.
Kisah ini
merupakan hasil pengkajian Professor Porchnev yang menemuramah
orang-orang tua di kampung itu. Zana juga memiliki banyak cucu. Mereka
berkulit gelap.
Salah seorangnya adalah Shalikula, ia memiliki gigi yang kuat sehingga ia dapat mengangkat sebuah kursi dengan seorang lelaki duduk di atasnya.
Pengkajian
tentang Zana menghasilkan dugaan bahawa wanita aneh itu merupakan bentuk
evolusi manusia yang belum sepenuhnya berubah menjadi manusia moden.
***
5. Misteri Wanita Penyebar Gas
The Mad
Gasser dari Mattoon adalah nama yang diberikan kepada orang berada di
balik serangkaian serangan gas yang terjadi di Botetourt County,
Virginia, pada awal tahun 1930an, dan di Mattoon, Illinois, pada
pertengahan tahun 1940-an.
Kejadian
pertama terjadi di rumah Cal Huffman, di Haymakertown, Botetourt County,
di mana terdapat tiga serangan dilaporkan selama satu malam.
Sekitar
10:00 pada 22 Desember 1933, Ibu Huffman melaporkan bau bau yang tidak
biasa, dan dengan menyebabkan rasa mual. Bau yang mual dan kembali lagi
sekitar 10:30, Cal Huffman kemudian menghubungi polis.
Ketiga
serangan terjadi sekitar 1:00, pada masa itu serangan gas memenuhi
seluruh rumah. Lapan anggota keluarga Huffman telah mati bersama dengan
Ashby Henderson, seorang tetamu yang juga tinggal di rumah itu.
Berikutnya
yang tercatat di Cloverdale insiden terjadi pada 24 Desember. Clarence
Hall, isterinya, dan dua anak-anak mereka baru pulang dari gereja 9:00
Mereka pun lemas.
Polis menyiasat kawasan ini, menemui
paku yang diambil dari belakang jendela, di mana bau gas sangat kuat.
Diduga, lubang itu digunakan untuk memasukkan gas ke dalam rumah itu.
Kejadian
ketiga pada 27 Desember, di mana penduduk Troutville, A. Kelly dan
ibunya dilaporkan mengalami keadaan yang sama seperti tempat Huffman dan
Hall.
Insiden
keempat dan kelima terjadi pada 10 Januari, ketika Mrs Moore, seorang
tetamu di rumah penduduk Haymakertown Homer Hylton melaporkan mendengar
suara di luar,sebelum gas dimasukkan ke rumah mereka melalui jendela yang rosak. Kedua serangan malam yang dilaporkan dalam Troutville, di rumah Kinzie G.
Terdapat
juga 10 tempat lain yang dilaporkan di Botetourt dan dalam 10 tahun
kemudian, lebih dari 20 tempat baru dilaporkan di Mattoon.
Salah seorang saksi mengatakan, dia melihat pelaku penyebar gas itu adalah seperti seorang wanita bertubuh tinggi kurus, berpakaian seperti seorang lelaki namun tapak kakinya milik seorang perempuan.**
6. Misteri Lampu Hantu di Bridgewater Triangle
Bridgewater
Triangle merupakan wilayah sekitar 200 mil persegi (520 km2) di tenggara
Massachusetts, Amerika Serikat. Sejak masa penjajah, daerah itu
dikenali sebagai daerah yang mempunyai banyak misteri yang sukar
dijelaskan.
Berbagai laporan tentang daerah itu sempat dicatat di antaranya tentang fenomena Poltergeists dan orbs, bola api yang tiba tiba jatuh di sana dan juga fenomena hantu.
Berita yang
beredar tentang nampaknya ‘bigfoot’, ular raksasa, burung raksasa, serta
ditemui banyak sisa sisa binatang ternak, dll. Polis dan wartawan telah
berusaha mengungkap kejadian-kejadian aneh di sana.
Kawasan itu
menjadi sangat misteri dan tak didekati sehingga dipanggil Hockomock
Swamp, yang berarti ” jiwa dwell”, atau penduduk setempat menyebutnya
sebagai “The Devil’s Swamp”
Salah satu fenomena yang terkenal terjadi di daerah itu adalah munculnya cahaya berkelap-kelip dari rawa-rawa di sekitar situ. Orang menyebut kelip kelip itu sebagai lampu hantu yang biasanya terlihat di daerah berawa.
Fenomena
lampu hantu itu terus muncul di sekitar Bridgewater Triangle. Lampu aneh
itu juga muncul setiap Januari di sekitar rel keretapi yang melintasi
daerah itu.***
7. The Clapham Wood Mystery
The Clapham
Wood Mystery adalah nama yang diberikan terkait dengan
peristiwa-peristiwa aneh yang terjadi di Clapham Wood, West Sussex,
Inggeris.
Peristiwa-peristiwa itu merupakan laporan dari warga setempat yang mengalami fenomena aneh itu. Misalnya, binatang peliharaan keluarga yang hilang secara tiba-tiba atau orang yang tiba-tiba meninggal tanpa sebab.
Sejak 1960
dilaporkan di kawasan itu sempat terlihat adanya benda terbang aneh
(UFO?), juga masyarakat yang tiba tiba merasa suatu yang aneh dan ghaib.
Jalur yang
dilaporkan misteri adalah jalur menuju hutan. Dari hasil kajian
diperoleh bahawa daerah itu memiliki tahap radiasi tinggi. Laporan ini
mengejutkan, kerana daerah tersebut merupakan daerah batu kapur yang
biasanya rendah radiasi.
Dalam foto,
pada awalnya masih kelihatan pokok-pokok tinggi dan besar. Namun akibat
‘depresi’ pokok-pokok itu mati. Kini sangat sukar mencari pokok pohon
besar di sana.
Dilaporkan ada empat kematian misteri berhampiran hutan. Pertama
Jun 1972 dimana seorang polis, Peter Goldsmith hilang semasa hiking di
daerah itu. Mayatnya telah ditemui 6 bulan kemudian.
Kematian yang kedua adalah dari Leon Foster, mayat yang telah ditemui pada Ogos 1975, setelah 3 bulan hilang.
Yang ketiga
adalah kematian dari Reverend Harry Neil Snelling, mantan wakil dari
Clapham. Dia menghilang pada Oktober 1978 dan mayatnya tidak ditemui
sehingga 3 tahun kemudian. Kejadian di Clapham ini hingga kini tak dapat
dijelaskan.
8. Misteri Rumah Hantu Summerwind
Summerwind
Mansion, sebelumnya dikenali sebagai Lamont Mansion, merupakan gudang di
pantai Barat Teluk Vilas di Lake County, North East Wisconsin. Daerah
itu merupakan salah satu daerah paling keras di Wisconsin.
Keadaan gudang ini kini sepi dan terbiar. Keadaan ini berlaku kerana pernah terjadi kebakaran besar di daerah itu yang nyaris memusnahkan semua gudang di sana.
Summerwind
pada awalnya dibangun pada awal abad ke-20 untuk kegunaan para nelayan.
Pada 1916 telah dibeli oleh Robert P. Lamont, yang bekerja sebagai
arkitek di perusahaan Tallmadge and Watson.
Kemudian dia mengubahsuai gedung itu dan tinggal di sana. Namun sebelumnya ia sudah diperingatkan bahawa gedung itu keras.
Tapi dia tidak percaya sehingga akhirnya dia sendiri bertemu dengan ‘penunggu’ rumah itu. Kejadian itu terjadi era 1930, Lamont melihat hantu di dapur rumahnya, membuat dia tergesa-gesa meninggalkan rumahnya itu.
Setelah kepergian Lamont, rumah itu dibiarkan kosong dan terbengkalai.
Tahun
1970-an, pasangan suami isteri, Arnold dan Ginger Hinshaw membeli rumah
itu dan tinggal bersama empat anaknya. Sejak mula tinggal, keluarga ini
kerap diganggu berbagai kejadian aneh.
Hinshaws
melaporkan sejumlah kejadian aneh, mulai dari bayangan yang bergerak
dari bawah ke atas dengan suara perlahan dan berhenti ketika mereka
masuk ke bilik, atau jendela yang tiba-tiba terbuka sendiri. Mereka melaporkan beberapa kali melihat hantu wanita di sekitar ruang makan.
Mungkin
kerana tidak tahan tekanan, dalam waktu enam bulan setelah pindah ke
Summerwind, Arnold jatuh sakit dan Ginger , isterinya, cuba bunuh diri.
Akhirnya Arnold masuk ke hospital, sedang Ginger pindah dengan orang tuanya di Granton, Wisconsin.
Pada bulan
Jun 1988, Summerwind beberapa kali terkena petir yang menyebabkan
munculnya api dan membakar rumah. Sehingga banyak bahagian gedung itu
rosak teruk.
Yang
anehnya, petir menyambar berkali-kali, padahal di sekitarnya banyak
pokok tinggi melebihi gedung itu tapi sama sekali tidak disambar petir.
Pada masa ini gedung itu tak wujud lagi hanya sisa tinggalan rumah yang tak dijaga.**
9. Hopkinsville Goblins: Munculnya Makhluk Aneh Bercahaya
Kejadian
Hopkinsville Goblins dikenali sebagai kawasan teraneh dalam sejarah
benda-benda terbang yang pernah ada. Kejadian ini terdokumentasi dengan
baik. Kejadian ini berlaku berhampian bandar antara Kelly dan
Hopkinsville, Kentucky, pada 21 Ogos 1955 malam hingga pagi.
Munculnya benda terbang aneh dalam tempoh yang lama, ada banyak saksi yang melihatnya. ” Beberapa saksi mengatakan, benda-benda itu terbang terlihat beberapa jam, memanjang sepanjang malam hingga pagi.
Mereka
melihat nampak makhluk-makhluk bercahaya yang tingginya tiga kaki. Saksi
melihat lengannya mengeluarkan api yang ditembakkan ke atas.
Pada malam
21 Ogos, 1955, Billy Ray Taylor mengundang teman-temannya gi untuk makan
malam. Ketika menengok ke atas, mereka melihat ada cahaya aneh di
langit sebelah barat.
Kumpulan ini
juga melihat makhluk terang tingginya setengah kaki berkepala besar,
telinga lebar dan mata bercahaya. Tangannya mengeluarkan api.
Makhluk itu
mendekati rumah Taylor sampai berjarak 20 kaki. Orang-orang yang melihat
mengambil kamera dan bersiap-siap menggunakannya. Namun makhluk itu
kemudian melarikan diri ke arah kegelapan malam.
Setelah itu,
semua anggota keluarga berulang kali melihat nampak makhluk itu yang
sepertinya bergerak menuju rumah mereka. Ini memang cerita aneh. Untuk
lebih jelas anda boleh membaca artikel lengkapnya di Wikipedia.**
10. Manusia Kadal dari Scape Ore Swamp
Kejadian ini terjadi di kawasan berawa di daerah Lee Country, Carolina Selatan. Makhluk aneh yang digambarkan
memiliki tinggi 7 feed atau lebih dari 2 meter, berbadan tegap dengan
kulit yang bersisik berwarna hijau muncul di sana.
Matanya
menyeramkan sebesar jeruk glowing. Makhluk itu memiliki tiga jari pada
tangan dan kakinya. Orang menyebutnya makhluk kadal dari rawa.
Laporan
pertama tentang kewujudan makhluk itu disampaikan oleh Christopher
Davis, 17 tahun, penduduk setempat. Ia mengatakan, makhluk yang ditemui
pada masa membawa kenderaan melalui perbatasan Scape Ore Swamp.
Kebetulan
pada masa itu keretanya mengalami masalah sehingga ia terpaksa berhenti
untuk dibaiki. Ketika kereta selesai dibaiki, dia mendengar suara di
belakangnya.
Semasa
berpaling, betapa terkejutnya dia melihat makhluk aneh sedang berjalan
menuju dirinya. Davis mengaku, makhluk itu cuba menyerang keretanya,
dengan melompat di atas bumbung kereta.
David berusaha lari . Sampai di rumah, di lihatnya kaca cermin keretanya telah hancur, kerosakan juga pada bumbung kereta.
Beberapa
bulan yang sama, muncul laporan hampir sama dengan kejadian dialami
David. Dilaporkan, mahluk itu mirip kadal raksasa berada di dekat rawa.
Sebahagian besar laporan mengatakan kejadiannya sekitar 3 mil atau 5 km dari Bishopville atau di sekitar dari rawa-rawa.
Dua bulan
kejadian, beberapa polis melakukan siasatan dan ditemui jejak tapak kaki
berukuran 14 inc panjangnya. Lalu polis menghantar laporan itu kepada
FBI untuk siasatanlebih lanjut.
Namun analisa FBI menemui jalan buntu, hingga sekarang tak jelas, makhluk apakah yang berperawakan mirip kadal itu.
http://fakta-faktagempak.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan