Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
KUCHING - Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, satu
pekeliling mengenai 81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik di
bawah bajet 2014 akan dikeluarkan bulan depan untuk penjawat awam yang diberikan peluang dari segi peningkatan gred jawatan.
Beliau, yang turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang
bersetuju mengadakan kajian semula skim perkhidmatan awam berkata, ia
telah sampai ke peringkat akhir setelah melalui satu proses ketat untuk
mendapatkan persetujuan.
"Semua skim ini kita buat kajian semula dengan melibatkan semua.
Kita bermesyuarat dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), persatuan yang terlibat, semua ketua jabatan dan ketua-ketua setiausaha," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan serantau Persatuan Pentadbiran Awam dan Pengurusan Komanwel (Capam) 2013.

Persidangan itu dirasmikan Menteri Pelancongan dan Perumahan Sarawak
Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai mewakili Ketua Menteri Tan Sri
Abdul Taib Mahmud di sini, semalam.
Ali berharap penjawat awam yang menerima surat tawaran akan
mempertimbang dengan baik perubahan skim masing-masing, yang
dilaksanakan daripada pelbagai peringkat mulai bulan depan.
Ali, yang juga naib presiden Capam, berkata persidangan serantau itu
yang merupakan forum multilateral mengenai pentadbiran awam dalam
kalangan negara Komanwel, akan diadakan di Kuala Lumpur tahun depan
selepas Kuching, yang dihadiri 336 peserta, yang terdiri daripada
anggota Capam dari 22 negara Komanwel, termasuk Malaysia. -
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan