Apa yang boleh disejuk beku?
Hampir semua makanan boleh disejuk beku. Beberapa pengecualian ialah
makanan dalam tin atau butir telur. Untuk makanan dalam tin, anda boleh
menyimpannya di bahagian sejuk beku setelah mengeluarkannya.
Sesetengah makanan tidak sesuai disejuk beku kerana kualitinya
terjejas apabila dinyah beku, contohnya mayonis atau sos krim. Daging
dan ayam mentah pula masih boleh dikekalkan kualitinya jika disejuk beku
berbanding yang telah dimasak. Ini kerana daging dan ayam hilang
kelembapannya semasa proses memasak.
Adakah makanan yang disejuk beku selamat?
Makanan yang disimpan pada suhu 0 darjah Farenheit adalah selamat,
bagaimanapun kualitinya terjejas apabila terlalu lama disimpan. Apabila
makanan disejuk beku gerakan molekul diperlahankan, menyebabkan
mikrob-mikrob menjadi dorman atau terpendam. Makanan yang disimpan di
bahagian sejuk beku kekal lebih lama kerana pembiakan mikroorganisme
yang menyebabkan kerosakan dan penyakit terhalang.
Bolehkah sejuk beku memusnahkan bakteria dan parasit?
Mikrob seperti bakteria, yis dan kulat dalam makanan tidak aktif
semasa disejuk beku, tetapi setelah dikeluarkan dari peti sejuk dan
berada dalam keadaan yang sesuai, mikrob-mikrob ini boleh aktif semula
malah membiak pada tahap yang membahayakan kesihatan. Makanan yang
dinyah beku perlu dikendalikan dengan baik kerana dalam mikroorganisme
yang terdapat di dalam makanan itu membiak pada kadar biasa.
Sesetengah parasit seperti Trichina boleh mati pada suhu bawah
kosong, tetapi peti sejuk biasa di rumah mungkin tidak mencapai tahap
itu. Sebab itu, apabila memasak, pastikan makanan masak sepenuhnya
sehingga semua parasit musnah.
Masihkah berzat dan berkualiti?
Proses sejuk beku sahaja tidak memusnahkan nutrien yang terdapat
dalam makanan. Bagi daging dan produk-produk ayam itik contohnya,
perubahan dalam nilai nutrien sangat sedikit.
Tetapi makanan boleh berubah warna dan menjejaskan kualitinya.
Contohnya warna daging berubah coklat kerana kurang oxygen, manakala
tulang dan daging ayam menjadi lebih gelap kerana pigment daripada
tulang menyerap ke tisu-tisu sekitarnya.
Sebab itu, adalah lebih baik makanan disejuk beku dengan cepat. Jika
disejuk beku dengan perlahan, kristal ais yang besar akan terbentuk, dan
apabila anda menyahbekukan makanan, ia akan merosakkan sel-sel dan
melarutkan emulsi. Daging contohnya, akan mengeluarkan banyak air dan
hilang jusnya. Emulsi seperti mayonis atau krim akan kelihatan seperti
pecah minyak dan kelihatan bergentel.
Semasa menyimpan makanan dalam ruang sejuk beku, elak meletakkannya
di atas satu sama lain, sebaliknya biarkan selapis atas rak-rak berbeza.
Setelah makanan sudah membeku, barulah disusun berlapis.
saji online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan