NASA BERI KENYATAAN MATAHARI AKAN TERBIT DARI BARAT | Sains astronomi
ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan
sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi
angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati
pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah
yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan
terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai
“retrograde motion”.
Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui
fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya
berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!
Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah
satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari
terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari
Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh.
Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil
sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat
Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan
berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha
Mengetahui.
Keratan akhbar yang menyatakan bahawa NASA telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini |
TEORI QURAN VS TEORI BARAT
Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak
berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan
yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan
yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak
‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.
Yang keduanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami,
malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat
tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari
akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat
(dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’
(seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi.
Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya
mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari
24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan
ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau
khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan
segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan,
tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan
berterbangan.
Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet
yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali
kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama
besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi
yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak
akan ‘terbit dari barat’.
Yang ketiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku
kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku
kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah
“betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith
di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan
dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini
menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti
biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat
jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan,
dan masih boleh dilalui.
Keempat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli
sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu
permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap
(yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai
ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti,
kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan
sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar
graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya
graviti dan magnet bumi bertindak balas.
http://www.mazeermohamad.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan