Home Klik Di Bawah

Rabu, 2 Oktober 2013

KENAPA SUSAH MELUPAKAN CINTA PERTAMA?

heart-dan-cinta
Cinta pertama adalah satu anugerah dari Allah yang tidak dapat kita rasai buat kali kedua, ketiga dan keempat. Ianya datang hanya sekali seumur hidup di dalam kehidupan insan bernama manusia. Satu perasaan yang sangat indah yang pertama kali dirasai oleh insan. Itulah cinta pertama.

Namun ramai yang gagal dalam cinta pertama kerana kurangnya pengalaman dalam cinta. Pengalaman yang mengajar kita erti cinta dan cinta yang hadir itu perlu dijaga dan disuburi dengan penuh keikhlasan. Ramai yang beranggapan cinta pertama adalah sebuah cinta yang sangat ikhlas dan jujur jika dibandingkan dengan cinta kedua, ketiga dan seterusnya.



Beruntunglah sesiapa yang mempunyai cinta pertama dan terakhir kerana cinta itu adalah sesuatu cinta yang susah untuk dimiliki. Bukan senang mendapatkan sesuatu yang pertama dan terakhir. Hanya kesabaran dan kejujuran yang dapat mengekalkan cinta pertama itu sebagai cinta terakhir.

Tadi tetiba Ammar dapat idea untuk update status facebook pasal tajuk entri ni. Nak tengok? Jom usha gambar bawah ni.
1
Lepas tu Ammar tengok jumlah komen ramai gila sampaikan 55 komen. Jom kita tengok apa pendapat-pendapat mereka.
2345
Terima kasih kepada rakan-rakan di facebook yang sudi memberi pendapat.
ammar blog

Tiada ulasan:

Catat Ulasan