Oh..Tidak!
Jerawat. Kebanyakan orang pernah naik jerawat di muka tidak kira besar
atau kecil. Kalau tengok cermin mesti tidak sah kalau anda tidak
belek-belek muka, nampak jerawat mulalah rasa sakit hati dan geram kan?
Itu perkara biasa.
Ada
setengah orang cakap jerawat ini menyusahkan dan memalukan bila sudah
naik banyak-banyak di muka. Sampai ada yang sanggup tidak mahu keluar
rumah bila muka berjerawat. Betul ke? Tapi jerawat tak boleh dibiarkan
sebabkan kesannya sangat teruk.Tapi tahukah anda posisi jerawat boleh
memberi petunjuk ataupun isyarat tentang kesihatan kita walaupun
bukanlah secara menyeluruh? Menarik bukan? Jom teruskan membaca info
dibawah.
Jerawat kat DAHI
Haba
badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca
kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat
dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk
menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal
serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum
air banyak.
Jerawat kat HIDUNG
Kalau
jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin
bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut
melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.
Jerawat kat DAGU
Kalau
jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah
terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum
wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca
daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
Jerawat kat PIPI
Jika
jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti
dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di
sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.
Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)
Bagi
jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda
kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit.
Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan
toksin tersingkir dengan lebih baik.
Nampaknya
ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda.
Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan
sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan,
anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.
P/S: Tips untuk kulit sihat
Anda
dinasihatkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari.
Ini akan membantu anda utk menyeimbangkan suhu badan dan membebaskan
toksik yang tidak dikehendaki daripada tubuh badan kita. Ia juga
membantu pelawasan.
azimaris blogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan