Perpindahan Secara Besar-Besaran Sebelum Taufan Pailin Menyerang Berjaya Menyelamatkan Ribuan Nyawa
8 Gambar Serangan Taufan Phailin Di India
Taufan Phailin yang menyerang India semalam, menyebabkan kemusnahan
besar di pantai timur India. Tujuh nyawa telah di sahkan terkorban sehingga kini, setelah kerajaan
mengarahkan perpindahan terbesar dalam sejarah negara itu untuk
mengurangkan kadar kematian.
Taufan Phailin kali ini disifatkan antara yang paling kuat melanda India dalam tempoh 14 tahun. Bencana tersebut yang melanda sejumlah 14,000 kampung di tepi pantai
timur India telah menyebabkan kira-kira 600,000 orang kehilangan tempat
tinggal. Kawasan paling teruk terjejas adalah di sekitar bandar Gopalpur,
dalam negeri Orissa yang dilanda angin selaju 200km/j. Setakat semalam,
rantau berkenaan terputus bekalan elektrik dan telefon.
8 Gambar Kesan Serangan Taufan Phailin
Sisa Rumah Yang Musnah
Kesan Serangan Taufan Phailin
Mencari Barangan Dari Sisa Rumah Yang Musnah
Berdiri Di hadapan Sisa Rumah Yang Musnah
Antara Kawasan Yang Teruk terjejas Akibat Taufan Phailin
Kerosakan Akibat Taufan Phailin
Kawasan Serangan Taufan Phailin
Di Sisi Kawasan Rumah Yang Musnah Akibat Taufan Phailin
http://myblogsantai.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan