Tips Hilangkan Dagu Yang Berlapis Yang Berkesan
Tips Hilangkan Dagu Yang Berlapis Yang Berkesan
| Dagu berlapis merupakan istilah ‘pasar’ yang merujuk kepada lebihan
lemak bawah kulit yang wujud dan terkumpul di antara dagu dan leher.
Dagu berlapis boleh dikesan menerusi
cermin muka. Bolehkah masalah dagu berlapis ini dihilangkan? Adakah
cara-cara untuk menghilangkan masalah dagu berlapis ini?
Persoalan yang diyakini timbul ialah, bagaimana masalah dagu berlapis boleh terjadi? Punca
dagu berlapis ialah makan yang berlebihan, cara duduk, cara tidur dan
berjalan yang tidak betul. Oleh itu cara untuk menghilangkan dagu
berlapis adalah seperti berikut:
-Orang yang suka membongkok atau tunduk
selalunya akan mengalami masalah dagu berlapis. Cuba tundukkan kepala
anda ke bawah, dan rasalah di bawah dagu anda, pasti anda akan menemui
lapisan dagu yang berlapis sekiranya ada lemak di dalam lapisan kulit
muka dan leher anda.
-Makan secukupnya. Elakkan makanan berminyak dan berlemak. Gemuk dan dagu berlapis ibarat lagu dan melodi.
-Elakkan tidur selepas makan. Jika anda
biasakan diri untuk tidur selepas makan, muka anda akan menjadi tembam,
dan kulit dagu anda akan melabur banyak sel-sel lemak ke dalam kulit
anda. Pelaburan seperti ini sia-sia. Malah bomoh-bomoh tertentu mungkin
suka menjadikan anda sebagai sasaran untuk bekalan mentah minyak dagu.
-Anda juga boleh gunakan teknik urutan
untuk memecahkan lemak pada dagu. Urutan hendaklah secara menaik, iaitu
dari bawah dagu ke atas dagu, sama seperti mencuci muka dengan
benda-benda yang digunakan untuk mencuci muka.
Tips nak bagi dagu berlapis hilang tak banyak tapi ada beberapa yang anda boleh amalkan selalu. Cara pertama kawal pengambilan kalori dan juga bersenam.
Kunyah Gula Gula Getah
Kunyahlah sebiji gula – gula getah biar
sampai kebas baru berhenti. Ketika mengunyah gula-gula getah, otot muka
sebenarnya TIDAK MEMBAKAR LEMAK, tetapi hanya membakar kalori.
Senaman Muka
Berdiri dihadapan cermin dan sebut A – E –
I – O – U, gerakkan secara perlahan dan cekangkan otot muka ketika
menyebutnya. Kemudian masamkan muka untuk beberapa saat, sambil diselang
selikan dengan senyum yang lebar. Muahahahaa. Ulangi ketiga-tiga
langkah di atas selama 3-5 kali di hadapan cermin setiap hari mesti dagu
anda makin cantik.
Tidur Tanpa Menggunakan Bantal Untuk Hilangkan Dagu Berlapis
Salah satu cara untuk menghilangkan dagu
berlapis adalah tidur dengan muka menghadap ke atas. Kaedah tidur
seperti ini bertujuan untuk mengelakkan dagu dan leher daripada
bercantum.
selamat mencuba!
http://homefamilysite.com/giler kentang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan