Home Klik Di Bawah

Rabu, 20 November 2013

3 Jenis Sabar

Teringat lagi kisah lalu semasa baru balik menghantar orang tersayang di HKL dan dia terpaksa ditahan wad. Memang tak dijangka tetapi terpaksa balik rumah pada pukul 2 pagi untuk mengambil barang-barang dan bersiap untuk hari esok.

Oleh kerana ada perasaan sedikit gerun maka saya pun buka Radio IKIM semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.


Terdengarlah seorang ustaz ini berceramah berkenaan sabar. Memang kena dengan keadaan saya pada ketika itu. Katanya sabar itu ada 3 jenis:



PERTAMA:
Sabar dengan musibah dan ujian. Sabar jenis ini memang biasa dengan kita. Kita kadang-kadang ada masalah dengan seseorang. Jalan sesak yang mambuat kita marah dan seribu satu macam keadaan lagi keadaan.

KEDUA:
Sabar daripada melakukan dosa dan maksiat. Ini saya baru tahu, rupanya menahan diri secara konsisten daripada melakukan maksiat seperti tengok wanita seksi, mencuri, mengata dan mengumpat juga termasuk dalam jenis sabar.

KETIGA:
Sabar dalam melakukan kebaikan dan ibadah. Konsisten kita membuat kebaikan seperti sedekah, tidak tinggal solat dan menolong mereka yang dalam kesusahan itu agak sukar. Kadang-kadang ada masa kita malas buat baik, malas sedekah, malas solat.

Kalau kita dapat kuasai ketiga-tiga jenis sabar ini maka kita sedang menuju untuk menjadi insan yang betul-betul soleh. Sebab itu orang soleh ini kita lihat tenang sahaja hidup dia sebab mereka menguasai ketiga-tiga jenis sabar ini.


Terima kasih ustaz yang memberi ceramah dalam radio (saya terlupa nama dia).
 http://www.kl-bloggers.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan