PADA hari ini, negara dikejutkan dengan pelbagai insiden seperti
rompakan, tembakan rambang, tikam dan sebagainya sehingga mendatangkan
kerisauan dalam kalangan orang awam.
Apatah lagi kes tikam berlaku baru-baru ini di tempat awam sehingga
meragut dua nyawa dan sehari sebelum itu, seorang pegawai bank ditembak
oleh pengawal keselamatan gara-gara kerana ingin merompak wang adalah
satu tragedi yang bermain di minda masyarakat sehingga hari ini.
Bermula daripada beberapa siri kejadian itu, orang ramai termasuklah
pihak keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan soal
waspada agar kes itu tidak berulang kembali.
Mungkin daripada segi waspada, antara tindakan yang boleh dilakukan
adalah tidak melalui di kawasan sunyi pada waktu malam, menjauhi
individu yang mencuriga kan dan melaporkan segera kepada polis jika
situasi tersebut berlaku.
Namun demikian, tindakan berkenaan merupakan adalah satu ikhtiar
tetapi segala pokok pangkalnya ialah tawakal kepada Allah SWT iaitu
memohon perlindungan kepadanya agar dijauhkan segala bencana dan
musibah.
Sehubungan itu, Islam menggariskan panduan kepada umatnya jika
berhadapan dengan musibah dan bencana khususnya ketika kes rompakan,
rumah dimasuki pencuri dan sebagainya.
Pertamanya, anda tidak perlu gelabah atau kelam-kabut sehingga
mendatangkan huru-hara lalu menyebabkan penjenayah mensasarkan kita
sebagai mangsa pertama. Ingatlah kepada Allah bahawa hanya dengan
bantuannya kita boleh terselamat.
Keduanya, segera menghubungi polis sama ada melalui telefon atau
menggunakan beberapa aplikasi seperti RakanCop yang terdapat pada hari
ini.
Tetapi biarlah telefon anda disimpan nombor telefon polis berhampiran agar tidak tercari-cari ketika insiden berlaku.
Ketiga, amalkan ayat-ayat al-Quran dan doa Rasulullah sebagai benteng pertahanan diri iaitu:
1Membaca surah al-Fatihah. Dalam satu hadis riwayat Abu Said
al-Khudri menjelaskan terdapat satu kumpulan sahabat Rasulullah pergi
musafir.
Dalam perjalanan itu, mereka singgah di sebuah perkampungan Badwi dan
meminta makanan kepada kepada para penduduknya, namun enggan memenuhi
permintaan itu.
Lalu tidak lama kemudian, ketua kampung telah disengat binatang, akan
tetapi usaha mengubatinya gagal walaupun pelbagai kaedah untuk
menyembuh dilakukan.
Sesetengah dalam kalangan mereka mencadangkan agar meminta pertolongan kumpulan orang Islam yang singgah di kampung tadi.
Lalu para penduduk menemui anggota rombongan itu untuk meminta hajat
itu, lalu kumpulan berjanji akan menolong kecuali setelah berjanji
memberi upah.
Rombongan itu bersetuju atas permintaan tadi untuk memberi beberapa
ekor kambing. Orang Islam yang berkenaan datang menemui ketua kaum yang
sedang sakit, lalu dihembus dengan air ludah pada tempat yang sakit tadi
sambil membaca Alhamdulillah.
Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa doa yang dibaca ialah surah al-Fatihah.
2 Membaca surah tiga Kul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Anas.
Baginda menggalakkan kita membaca ketiga-tiga surah ini berdasarkan
sepotong hadis Riwayat al-Timizi iaitu:
Setelah turunnya dua surah ini, Rasulullah mencukupkan kedua-duanya
dengan Surah al-Ikhlas sebagai bacaan (wirid) untuk membentengi dari
pandangan buruk jin maupun manusia.”
3 Membaca ayat Kursi. Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesiapa yang
membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang
dapat menghalangnya dari memasuki syurga.” (riwayat an-Nasaie dan
at-Tabrani)
4 Membaca doa ini, Bismillahillazi La Yadhurru Maasmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Samiul Alim.
Nabi Muhammad SAW menganjurkan membaca doa ini seperti sabdannya
bermaksud: Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan
petangnya. Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan
nama-Nya sama ada di dunia mahupun langit dan Dialah Maha Mendengar Lagi
Maha Mengetahui sebanyak tiga kali, kecuali tiada apa yang mampu
memudaratkannya.” (Sahih Muslim)
https://epondok.wordpress.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan