Ciri-ciri Kolestrol Tinggi | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Topik yang akan Luna kongsikan dengan anda semua adalah mengenai Ciri-ciri Kolestrol Tinggi.
oleKstrol tinggi dalam darah?? Bagaimana cara -cara untuk mengetahui
simptom anda menghidap penyakit kolestrol tinggi?? Penyakit ini boleh
dikesan melalui ujian darah kita. Jadi,rajinkan diri anda untuk berjumpa
dengan doktor bagi mengetahui adakah anda menghidap penyakit ini
ataupun tidak..Sebelum itu, jom kita rungkaikan persoalan-persoalan yang
sering berlegar-legar di minda kita.
Seseorang yang mempunyai kadar kolesterol tinggi merupakan
awal dari segala masalah dikemudian hari khususnya yang berkenaan
dengan kesihatannya, seperti masalah fungsi jantung dan arteri, selain
itu adalah masalah aterosklerosis (pengerasan pembuluh darah), stroke atau serangan jantung.
Ciri-Ciri Kolestrol Tinggi
1) Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahuSebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan sakit-sakit sebagai gejala awal. Gejala ini muncul sebagai akibat kurangnya oksigen.
2) Cepat Mengantuk
Terutama bila kadarnya sudah tinggi sekali, misal trigliserida yang normalnya dibawah 200 mg atau 150 mg, ada yang sampai 600 atau 700 mg itu biasanya akan mengantuk. Hal ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengaliran oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang menyempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolestrol.
3) Kesemutan
Kadang-kadang kesemutan juga boleh terjadi kerana darahnya agak pekat. Kadar kolestrol yang tinggi dapat menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi kurang.
4) Timbunan lemak di atas kelopak mata
Secara klinikal ada beberapa hal yang boleh dijadikan petunjuk awal seseorang memiliki kolestrol tinggi, aitu adanya timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi.
5) Mudah Letih
Ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koroner (PJK) dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.
6) Sering Sakit Kepala
Ini kerana kolestrol yang tinggi dalam darah menyebabkan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuat arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit di kepala.
7) Kaki Bengkak
Kaki merupakan organ tubuh yang paling jauh dari jantung. Ketika
pembuluh darah menyempit dan pengaliran oksigen berkurang, maka tentu
saja yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya
menyebabkan kaki terlihat membengkak. Keadaan ini hampir sama dengan
ketika anda terlalu lama duduk ketika perjalanan jarak jauh, terutama di
kelas ekonomi.
Ia juga terdiri daripada 4 perisa yang berbeza selain perisa di atas.
Nota Luna Nana :Kurangkan pengambilan makanan jenis fastfood dan junk food kerana makanan dari kategori ini mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi. Obesiti juga salah satu golongan yang berisiko untuk mendapat penyakit ini. Untuk kurangkan kolestrol banyakkan pengambilan air kosong,persis yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seorang individu yang sihat perlu minum 8 gelas air sehari. Luna pun suka minum susu segar Marigold HL ni. =)
fuh.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan