Home Klik Di Bawah

Sabtu, 23 November 2013

Cuti Hujung Minggu Ditukar Kepada Jumaat & Sabtu Berkuatkuasa 1 Januari - Sultan Johor

Sultan Ibrahim Iskandar
MUAR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almrhum Iskandar menitahkan cuti hujung minggu negeri Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu.

Baginda bertitah, pertukaran itu berkuatkuasa 1 Januari tahun depan bagi memudahkan rakyat negeri ini beribadat dengan tenang.

Keputusan yang telah dijangkakan itu diumumkan pada Sabtu sempena dengan hari keputeraan baginda yang ke-55.
 


"Keputusan ini dibuat ekoran maklum balas daripada beberapa pihak bagi memudahkan orang Islam menunaikan solat Jumaat dengan tenang pada hari Jumaat," titah baginda ketika berucap pada majlis yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di bandar diraja.

Spekulasi pertukaran hari cuti minggu di Johor timbul lebih awal apabila dokumen kerajaan negeri bocor di Internet.

Pada ketika ini, negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu di negeri masing-masing.

Sebelum ini pada 1994, Johor juga menggunapakai sistem yang sama di mana hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari cuti hujung minggu.
mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan