Home Klik Di Bawah

Sabtu, 30 November 2013

KEUTAMAAN BERDIAM DIRI

diam,silence,lebih baik,shut upBahaya yang ditimbulkan oleh mulut manusia adalah sangat -sangat besar, dan tidak ada yang dapat menahannya kecuali diam. Oleh kerana itu, dalam agama kita mendapat anjuran supaya diam dan perintah pengendalian dalam bicara.


Sabda Nabi SAW:
"Barangsiapa yang mampu memberi jaminan kepadaku antara dua kumisnya (kumis dan janggut), dan antara dua pahanya, saya jamin dia masuk syurga." HR. Al-Bukhariy
"Tidak akan istiqamah iman seorang hamba sehingga istiqamah hatinya. Dan tidak akan istiqamah hati seseorang sehingga istiqamah lisannya." HR. Ahmad




Ketika Rasulullah ditanya tentang perbuatan yang menyebabkan masuk syurga, Rasulullah menjawab:
"Bertaqwa kepada Allah dan akhlaq mulia." Dan ketika ditanya tentang penyebab masuk neraka, Rasulullah menjawab: "Dua lubang, iaitu mulut dan kemaluan." HR. At Tirmidziy
Rasulullah SAW bersabda:
"Barang siapa yang boleh menjaga mulutnya, Allah akan menutupi keburukannya." HR. Abu Nuaim.
Ibnu Mas'ud berkata:
"Tidak ada sesuatupun yang perlu lebih lama aku penjarakan daripada mulutku sendiri."
Abu Darda berkata:
"Perlakukan telinga dan mulutmu dengan tujuan. Sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut, agar kamu lebih banyak mendengar daripada berbicara."

Bercakap Itu Salah?

Tidak ada salahnya bercakap. Kita manusia memang sudah mempunyai kebiasaan masing-masing. Ada yang peramah, periang, banyak bercakap, pendiam dan sebagainya. Tidak salah, tetapi jagalah batasannya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasalah diri.
 http://kum-pun.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan