Home Klik Di Bawah

Khamis, 28 November 2013

Kisah Cinta: Cinta Itu Hak Ilahi

cintailahi
Assalamualaikum wbt. Saya bukanlah penulis tegar,saya hanyalah manusia biasa yang masih mencari lampu yang terang di atas muka bumi ini. Saya juga bukanlah pencerita, cukuplah sekadar disini saya ingin memuitiskan bibit jatuhnya hati seorang mujahadah terhadap sang mujahid dalam bumi Allah ini. Nama diberi ana, seorang yang periang, tegas dalam kata-kata dan seorang yang sukakan dunia teknologi. Alunan muzik dari Liyana Jasmay , Cinta Bersatu bermain di gegendang telinga menaikkan semangat lagi untuk saya menulis coretan ini.
 


Ceritanya bermula sekitar September 2011, dek semua pelajar berebut mahu digelar mahasiswa atau mahasiswi hati terasa hambar bila kali pertama menjejakkan kaki ke IPTA di Shah Alam. Hati bergelora tidak mahu menyambung pelajaran di peringkat sarjana muda, atas desakan keluarga yang mahu saya menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Akhirnya saya akui juga. Pasrah dengan keadaan yang sedia ada, saya memulakan hidup saya di universiti awam dalam bidang teknologi maklumat. Seminggu selepas semua pelajar baru memulakan sesi, kami(pelajar baru) diarahkan oleh ahli Seketariat Mahasiswa Fakulti (SMF) untuk menjalankan sesi perkenalan atau lebih dikenali sebagai Program Pemantapan Wawasan. Program itu dijalankan selama dua hari, penat entah kepalang kami dibuatnya. Tetapi, peristiwa yang paling saya tidak akan lupakan adalah ketika saya mahu mengambil makanan bersama rakan baik saya, Anis.
“Aik makanan habis ke bang?”, tanya saya kepada salah seorang SMF disitu.

“Haah la awak habis. Maaf banyak-banyak”, balas SMF tersebut dalam nada yang sangat berbudi bahasa.


“Takkan tak kira berapa student yang hadir kot?”, tanya saya dalam nada yang kurang berbudi.


“Maaf awak saya gurau saja, ada lagi la”, jawab SMF tersebut sambil tersenyum.


Untuk pertama kali dalam hari yang membosankan itu, saya tersenyum dan malu-malu sehingga kawan saya pun tegur senyum kambing saya itu.

Selepas tamat program saya menjalankan hidup seperti biasa, pergi ke kelas, balik ke kelas, makan, tidur dan itulah lazimnya yang saya lakukan seharian. Tetapi bayangan lelaki yang bergurau dengan saya semasa program tersebut masih segar dalam ingatan. Teringin juga meminta maaf dengan lelaki SMF itu angkara berkasar dengannya tempoh hari hal makanan sahaja. Tapi sebabkan malu dan ego saya biarkan sahaja peristiwa itu dilekatkan dalam ingatan dan masa berlalu detik demi detik sehinggalah suatu hari.

Allah itu Maha kuasa, sebulan selepas Program Pemantapan Wawasan, semasa itu saya ingat lagi di dalam kafe fakulti, saya ingin mencari tempat duduk untuk makan.

“Awak!”. Terdengar suara seorang lelaki memanggil. Saya terus menoleh. Dan rupanya lelaki SMF itu yang memanggil sambil tersenyum. Saya terkejut dan kaget melihat dirinya. Saya membalas senyuman si dia dan cepat-cepat saya mencari kerusi untuk duduk dan saya membelakangi si dia kerana saya tidak mahu berjumpa dengan si dia kalau boleh. Malu teramat sangat sebenarnya angkara peristiwa tempoh hari.

Pulang dari kafe, saya terbayangkan wajahnya. Rasa mahu berjumpa dengan dirinya tetapi apakan daya, mungkin siapalah saya untuk dihiraukan. Di bilik kolej saya, saya log in ke akaun mukabuku saya, dan saya terlihat ada satu “friend request”. Oh dia rupanya!

Hati gembira bukan kepalang mahu melompat-lompat sahaja rasa, tambahan lagi bila si dia memulaikan konversasi kami di inbox mukabuku. Kami berbalas-balas idea dan pendapat serta saya tanyakan sedikit hal ehwal fakulti hal ini kerana si dia juga merupakan seorang leader dalam sebuah kelab dalam fakulti. Dan yang paling saya kagumi, si dia mampu memberikan nasihat-nasihat yang berguna ala ustaz gitu.

Hari demi hari kami berkawan, dari chatting di mukabuku kami saling bertukar-tukar nombor telefon. Dan sehinggalah lingkungan akhir Februari 2012 ketika itu cuti semester pertama saya sebagai seorang pelajar sarjana muda. Cuti semester kali ini memberikan 1001 makna dalam hidup saya, terbuka hati saya ini untuk lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT dan saya bertekad untuk kelihatan lebih sopan dan mantap dari segi agama asasnya.Apalah yang mahu dikejar dalam dunia ini selain ibadah yang dilakukan hari-hari. Hati merintih memohon pada Allah supaya dipandang olehNya manusia seperti saya yang sering tidak bersyukur dengan apa yang diberikan selama ini. Ujub, takbur dan riak menjadi pegangan hidup hari-hari. Tudung dilabuhkan, stokin tangan dan kaki disarungkan, baju dilonggarkan potongannya dan Alhamdullilah hati ini tenang hanya Allah sahaja tahu. Tidak berturban, tidak berpakaian menarik perhatian (warna-warni), tidak jua berpakaian seperti bertelanjang kerana dunia ini hanyalah semantara, tidak perlu mencari perhatian mata manusia, tetapi Allah. Itulah yang saya pegang sehingga kini.

Saya semakin asyik mendengar ceramah-ceramah agama di youtube dan melayari laman sesawang yang menulis perihal agama untuk lebih mendalami ilmu Allah ini. Dan dalam banyak-banyak ceramah yang didengar, saya amat tertarik dengan bab “kahwin awal”. Betapa besar sungguh pahala seorang wanita yang hanya perlu mentaati suaminya. Dan dalam video tersebut ada juga diceritakan bahawa pahala dapat dikumpul dengan berkahwin diusia muda. Tatkala saya semasa itu pula menggila ingin “topup” pahala, saya amat teruja mendengarnya! Dan atas sebab itu juga, saya bertekad untuk berkahwin awal, dan mencari seorang lelaki yang mampu memimpin saya ke jalan yang lebih baik. Bidadari syurga menjadi pilihan, itulah azam saya ketika itu!

Tatkala semua pelajar sarjana muda sibuk menunggu masa untuk kembali ke semester baru, saya telah dilantik menjadi seorang SMF 2012/2013 bagi fakulti, tetapi dikirakan si dia sudahpun menjadi mantan SMF pada ketika itu. Saya terpaksa datang ke fakulti saya kembali di Shah Alam, untuk majlis lantikan dan angkat ikrar. Saya teringatkan yang si dia juga merupakan SMF semasa Program Pemantapan Wawasan dulu lalu saya terus menghantar SMS kepada si dia. SMS tidak berbalas tetapi tiba-tiba si dia muncul dihadapan meja tempat saya makan selepas majlis selesai.

“Awak nampak lain la hari ni”, ujar si dia.

“Cantik eh?”, jawab saya bergurau.


Si dia hanya mengangguk tanda setuju. Saya pula tersipu-sipu malu dibuatnya. Si dia duduk dan keadaannya seperti cacing kepanasan sahaja.

“Awak kenapa?”, tanya saya.

Dia diam dan tunduk. Dan cuba memulakan bicaranya.

“Awak sudi tak kalau awak jadi isteri untuk saya, ibu untuk anak-anak saya?”, tanya si dia dengan muka merah.

Saya terkejut dengan lamaran si dia dan berkata.

“Saya setuju”, jawab saya tersenyum malu.

Ramai rakan-rakan saya yang terkejut mendengar perkhabaran saya akan bertunang dengan si dia pada hari raya nanti. Ramai yang berkata saya tidak rasional menerima si dia dalam masa yang singkat. Dari kami berkenalan sehinggalah kini, kami amat menjaga batas kami sebagai pasangan tunang. Tunang bukan alasan untuk kita berdua-duaan, bermesra-mesraan dan sebagainya. Alhamdullilah menerima si dia adalah kerana ketulusan seorang lelaki yang betul-betul mencari seorang isteri. Nampak di sinar matanya dia bersungguh mencari seorang isteri dan bukanlah seorang “awek” yang dipimpin kesana kemari.

Sedangkan lidah lagi tergigit apa lagi pasangan tunang, saya memperbaiki diri saya dari semasa ke semasa kerana kadangkala perangai dan sikap saya yang agak melampaui. Tetapi saya jua masih belajar dan proses pertunangan ini merupakan satu titik permulaan saya untuk menjadi seorang isteri yang solehah. Selalu mendengar nasihat si dia dan sentiasa menyokong dengan apa yang si dia lakukan. Ya Allah , ya tuhanku betapa bersyukurnya saya kerana mengurnai hamba seorang lelaki yang soleh dan tabah. Kini terbuktinya setiap apa yang dilakukan itu ada hikmahnya jua.
Tahukah kau wahai bakal suamiku,

Allah sangat itu sangat mencintai diri ini dengan mengurniai kamu disisi?


Disini aku sedang belajar untuk menjadi dewasa dan siap untuk mendampingimu kelak.


Walaupun resah dan putus asa kadangkala menguasai diri tetapi kau singkap semuanya dengan kelembutanmu dan nasihatmu. Kadangkala jua aku tertanya kenapa Allah selalu menguji aku tepat pada hati ini? Kini ku tahu jawapannya.


Allah jua tahu dimana tempat paling tepat agar aku sentiasa mengingatiNya dan sekaligus kembali mencintaiNya.


Ujian demi ujian, dugaan demi dugaan membuatkan aku lebih teguh dan kuat, yang akan membuatkan kau pasti bangga memilikiku suatu hari kelak.


Aku yakin Allah juga mencintaimu sebagaimana Dia mencintai diriku, aku yakin Allah sedang melatih dirimu menjadi seorang mujahid yang teguh dan kuat yang pasti akan membuatkan aku jua merasa bangga memilikimu suatu hari nanti insyaallah :)

Read more: http://zoncinta.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan