Home Klik Di Bawah

Isnin, 11 November 2013

Lagu Tegar Versi Anak Kelantan

Lagu Tegar Versi Kelantan 
Tegar, anak kecil dari Subang, Indonesia telah berjaya mengubah nasib daripada anak kampung yang terpaksa mencari duit dengan bermain muzik di jalanan kepada artis rakaman.

Sudah rezeki Tegar, dia bukan sahaja mencipta fenomena di negaranya malah di negara kita juga.

Rata-rata begitu mesra dengan lagu nyanyiannya, Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang hingga menjadi siulan di sana sini.
 


Kejayaan Tegar ini nampaknya memberi inspirasi kepada seorang kanak-kanak Malaysia dikenali sebagai Haikal untuk turut menyanyikan semula lagu Tegar.

Masih mengekalkan melodi sama, lagu nyanyian Haikal bagaimanapun diberi sedikit kelainan apabila disampaikan dalam dialek Kelantan.

Begitu pun liriknya masih bertemakan sama, iaitu kejayaan sesudah melalui kesusahan.

Ok, mari dibawah ini lagu Tegar versi Kelantan nyanyian adik Haikal – Haiqal Lo Ni Tak Supo Dulu.

OPEN : Bila dengar nyanyian adik best juga.......... sekarang anda layan pula



mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan