Kadang-kadang bagi mendapatkan kajian dan penemuan baru dalam bidang Sains, para
pengkaji sanggup sehingga ke tahap yang paling ekstrem. Adakalanya
sesetengah kajian berlaku di tempat yang tiada berpenghuni, malah ada
yang sehingga keluar dari planet ini. Sama ada ianya di dasar laut atau
di tempat yang paling sejuk, semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat
kepada alam sejagat. Jom kita lihat 7 makmal penyelidikan yang paling
ekstrem di dunia.
1. Makmal Fizik Paling Sejuk di Dunia
Icecube Neutrino Observatory, Antartika
Makmal fizik ini bukan sahaja
makmal yang paling sejuk, malah merupakan pusat pengumpulan data
neutrino yang terbesar di dunia. Neutrino adalah subatomik partikel
yang mempunyai tenaga yang tinggi.
2. Makmal Dengan Suhu Paling Panas di Dunia
Brookhaven National Laboratory, Long Island, New York, USA
Pada sekitar Februari 2010,
makmal ini dilaporkan telah mengeluarkan haba sehingga 4 trillion darjah
Celsius yang mana suhu ini adalah 250 000 kali lebih panas daripada
suhu yang dihasilkan oleh pusat matahari. Bagaimana terhasilnya suhu
yang sebegitu panas? Perlanggaran antara ion emas pada kelajuan cahaya
yang menghasilkan plasma qlark-gluon.
3. Makmal Dengan Altitud Paling Tinggi di Dunia
The Pyramid Laboratory, Sagarmatha National Park, Nepal
Makmal ini yang diperbuat
daripada kaca, keluli dan aluminium terletak pada ketinggian 5 050 meter
dari aras laut, tapak Gunung Everest. Dengan bangunan setinggi 3
tingkat, makmal ini digunakan untuk mengkaji hampir semua perkara,
cuaca, alam sekitar, dan geologi.
4. Makmal Paling Dalam di Dunia
The NOAA Auqarius Reef Base, Florida Keys National Marine Sanctuary, Florida, USA
Makmal ini yang terletak di dasar
laut Florida digunakan untuk mengkaji batu karang di sekelilingnya.
Sememang nya kewujudan makmal seperti patut ada lebih banyak lagi
disebabkan masih banyak lagi hidupan di laut yang belum ditemui oleh
para saintis.
5. Makmal Zarah Fizik Terbesar di Dunia
CERN, Geneva, Switzerland dan Sempadan France
Makmal Kajian Nuklear Kesatuan
Eropah ini terletak atas sempadan 2 negara. Digunakan oleh lebih
daripada 10 000 saintisa daripada hampir 113 negara, kawasan makmal ini
akan dibesarkan lagi dalam masa akan datang sehingga tiga kali ganda.
6. Makmal Bawah Tanah Paling Dalam di Dunia
SNOLAB, Sudbury, Ontario, Canada
Sekalipun makmal ini terletak
jauh di bawah tanah, tapi sebenarnya tujuan pembinaan makmal ini adalah
bagi mengkaji fenomena angkasa. Terletak hampir 2 km di bawah tanah,
makmal ini memfokuskan kepada kajian berkaitan Fizik astropartikel,
termasuk pencarian jirim gelap kosmik, neutrino solar bertenaga rendah
dan neutrino supernova.
7. Makmal Dengan Altitud Paling Tinggi
International Space Station (ISS), Angkasa Lepas
Ternyata makmal ini adalah makmal
yang paling ekstrem sekali jika dibandingkan dengan yang lain. ISS
mengelilingi bumi pada ketinggian altitud kira-kira 330 - 435 km dari
permukaan bumi dan bergerak pada kelajuan 27 724 km sejam. Pelbagai
jenis kajian berkaitan dengan antigraviti terutamanya telah dijalankan
di sini. Dijangka akan beroperasi sekurang-kurangnya sehingga tahun
2020.
http://isupanaz.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan