Home Klik Di Bawah

Rabu, 27 November 2013

Misteri Kimono


Gadis Kimono

Misteri Kimono Berpuaka


Kisah misteri yang kita nak kongsi hari ini adalah mengenai Kimono berpuaka. Semua orang tau Kimono adalah pakaian kebangsaan wanita Jepun. Cuma mungkin ramai yang tak tau, dalam sejarah lagenda pakaian yang berpuaka, kisah kimono adalah yang paling menggerunkan. 
 


Mengikut sejarah kejadian ini berlaku dipertengahan abad ke 17 di negara Jepun. Kimono ini sepatutnya dimiliki oleh tiga orang wanita jepun secara bergilir-gilir. Malangnya ketiga-tiga mereka mati sebelum sempat memakai kimono tersebut. Mengikut cerita kimono tersebut adalah berpuaka menyebabkan sesiapa sahaja yang bakal mewarisinya terkorban. 

Kimono Berpuaka Di Bakar


Jadi pada akhirnya seorang paderi Jepun memerintahkan supaya kimono tersebut di bakar dan dikebumikan pada bulan February 1657. Bagaimanapun sewaktu upacara membakar kimono sedang berlansung tiba-tiba angin kencang meniup api hingga bersemarak. Api yang dahsyat tersebut sukar untuk dikawal.

Percikan api tersebut beterbangan disekitar Tokyo yang pesat dengan bangunan yang menyebabkan satu demi satu bangunan terbakar. Akibat daripada peristiwa itu, hampir separuh daripada bangunan di bandar Tokyo dijilat api dan kira-kira 100 nyawa terkorban.

p/s: Kita tak tau sejauh mana kebenaran cerita ni yang di tulis dalam sebuah buku kisah-kisah misteri. Tapi tak salah rasanya untuk berkongsi  sekadar bacaan untuk semua..
http://myblogsantai.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan