Home Klik Di Bawah

Jumaat, 1 November 2013

Petua menghalau nyamuk tanpa guna racun nyamuk.

Haaa, siapa di antara kawan2 tak kenal nyamuk?

Nyamuk adalah di antara haiwan special kerana nama beliau disebut dalam al-Quran oleh Allah subhanahu wa ta'ala sebagai bala tentera-Nya dan juga sebagai "ejekan" atau cabaran  kepada umat manusia yang sombong angkuh untuk cipta sesuatu seperti nyamuk.


Master selalu menggunakan istilah "Pontianak Kecil" (Little Vampire) apabila berbicara mengenai nyamuk.
Istilah itu khabarnya diperolehi Master daripada seorang penulis dahulu kala.
Tedi tau, Master sebenarnya saja2 nak takut2kan Tedi tu.





Maka umat manusia sepatutnya kaji apa yang ada pada nyamuk sehingga Allah subhanahu wa ta'ala menggunakan beliau untuk mencabar mereka.

Itu cerita lain.

Sekarang cerita pasal teknik menghalau nyamuk.
Benarlah ada macam2 produk moden di pasaran untuk membasmi nyamuk tapi kadang2 ada di kalangan manusia yang takleh tahan dengan bau produk2 itu. Lagipun dikhuatiri bukan sahaja memudaratkan sang nyamuk, tapi kesihatan manusia juga.
http://interpretzz.blogspot.com

Kaedahnya?

  • Ambil daun limau purut atau limau kasturi asalkan bukan limau mandarin (tak tau la boleh guna tak?).
  • Lumatkan mereka dengan seadanya.
  • Masukkan dalam piring (atau apa2 bekas yang sesuai).
  • Letakkan di tempat2 strategik (tempat gelap yang digemari nyamuk) selalunya seperti dalam alamari baju & bawah katil.
  • Biasanya tahan dalam 2-3 hari.
Cubalah. Itu petua yang Master gunakan semasa sekolah dulu.
Selain nyamuk tak datang, bilik juga berbau harum. Tidur pun akan dikunjungi mimpi2 manis seperti mimpi makan tomyam di angkasa lepas.
Kalau malas nak praktikkan petua itu, rasanya dah ada produk menggunakan bahan2 semulajadi seperti serai di pasaran.
http://interpretzz.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan