Home Klik Di Bawah

Ahad, 17 November 2013

PROSES SPERMA DAN OVUM BERTUKAR MENJADI JANIN

Spermatozoa (berasal dari bahasa Yunani kuno: σπέρμα yang bermaksud benih) adalah sel dari sistem reproduksi lelaki. Sel sperma akan menembusi ovum (telur dari sistem reproduksi wanita) untuk membentuk zigot.

Zigot adalah sebuah sel dengan kromosom lengkap yang akan berkembang menjadi embrio.

Sel sperma memiliki jenis kelamin lelaki atau perempuan. Sel sperma manusia terdiri atas kepala yang berukuran 5 µm x 3 µm dan ekor sepanjang 50 µm. Sel sperma pertama kali diteliti oleh seorang murid dari Antonie van Leeuwenhoek tahun 1677.


Disini anda boleh lihat foto proses sperma berkembang menjadi janin dengan gambar diperbesar yang sangat menakjubkan.
 

Sperma yang sekali dikeluarkan mengandungi sekitar 300 juta sperma, tetapi biasanya, hanya satu sperma dapat melewati rintangan, untuk membenihkan  telur, yang pada akhirnya akan menjadi embrio.
 Foto sperma yang di zoom/diperbesar
 Gambar ketika sperma cuba untuk memasuki telur
 Dua sperma berusaha menembusi telur, jika berjaya masuk kedua-duanya kemungkinan akan menjadi kembar.

 Sebuah fragmen longitudinal dari sperma. Mengandungi maklumat genetik yang tersimpan di kepala sperma

 8 hari kemudian, sebuah kelahiran baru embrio diposisikan pada lokasi yang optimal, dan diserap dalam mukosa.

 12 hari kemudian, embrio belum matang, tetapi kita dapat melihat di dalamnya terdapat sel otak

 24 hari kemudian, salah satu organ jantung mulai  berdegup buat pertama kalinya

 Setelah 9 minggu,  pertumbuhan pembuluh darah berbentuk V di kawasan tengkorak

 Setelah 20 minggu, janin berukuran sekitar 20 cm. Gambar yang sangat memukau.

 
 Setelah 36 minggu, janin dibungkus erat oleh rahim. 

 Gambar akhir, 40 minggu, kehidupan baru.

 
http://www.mazeermohamad.com/

Subhanallah!! Menakjubkan sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan