Home Klik Di Bawah

Rabu, 20 November 2013

Resepi Mudah Kuih Cara Berlauk

Pagi tadi, saya telah mengisi masa dengan mencuba Resepi Mudah Kuih Cara Berlauk untuk hidangan sarapan. Terlalu kerap mencuba resepi-resepi kuih moden, kadang-kadang saya terlupa untuk belajar memasak kuih-kuih tradisional Melayu sendiri. Apa yang lebih menariknya, kuih-kuih tradisional Melayu ini sebenarnya lebih mudah disediakan berbanding kuih-kuih moden yang biasanya berunsurkan kek dan keju. Jadi untuk entri resepi kali ini, saya ingin berkongsikan resepi mudah Kuih Cara Berlauk.

kuih cara berlauk bakar dalam oven
Kuih Cara Berlauk yang sudah masak
 


Bahan-bahan:

1 cawan Tepung Gandum
1 cawan Air dan ½ cawan Susu Segar (Boleh juga ganti dengan 1½ cawan Santan jika ada)
1 biji Telur
Sedikit Serbuk Kunyit
Sedikit Garam
Mentega (untuk disapu pada loyang pembakar)


Cara Menyediakan;

~ Panaskan oven, 170°C. Guna api bawah sahaja.
~ Satukan semua bahan-bahan diatas, masukkan dalam blender dan blend hingga sebati kesemuanya.
~ Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan mentega.
~ Siapkan bahan Inti.

Bahan-bahan Inti;
Daging Hancur
1 biji Bawang Bombay (Bawang Besar)
*1 cm Halia
*2 ulas Bawang Putih
*1 sudu kecil Jintan Manis
*1 sudu kecil Jintan Putih
2 sudu besar Cili Boh
Serbuk Kari secukupnya
Daun Kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak;
~ Tumbuk/kisar bahan bertanda (*).
~ Bawang Bombay dipotong dadu.
~ Tumiskan bawang bombay dan bahan kisar. Bila naik bau, masukkan cili boh dan gorengkan hingga pecah minyak.
~ Masukkan rempah kari dan daun kari.
~ Masukkan daging dan goreng hingga masak. Perasakan dengan garam.

resepi kuih cara berlauk bakar dalam oven
Kuih Cara Berlauk sebelum dibakar dalam oven.
Bahan Hiasan:
Lada Merah dihiris
Daun Saderi dihiris
Cara Menyediakan:
~ Taburkan bahan Inti diatas adunan tepung yang diblender tadi.
~ Taburkan bahan hiasan (lada hiris dan daun saderi).
~ Masukkan dalam oven 170°C dan bakar 15-20 minit.

Siap. Sedia untuk dimakan…
nuristemewa.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan