Dari sehari ke sehari rasa nak cuba buat Mexican Bun. Sebabnya, saya sangat suka dengan RotiBoy yang wangi, lembut dan sedap. Saya sentiasa berharap yang saya boleh buat roti yang setanding dengan RotiBoy.
Apabila saya tergoogle resepi Mexican Bun oleh Lilydvalley di MyResepi,
saya makin teruja nak cuba buat bun yang awesome ini. Tapi, hajat itu
tertunda dari hari ke hari kerana ketiadaan serbuk kopi mahupun coffee
emulco di rumah saya. Terfikir juga untuk membeli serbuk kopi, namun
hati berasa amat berat kerana saya memang tak minum air kopi.
Dan,
malam semalam, saya berjaya membuat Mexican Bun yang sedapnya ala-ala
RotiBoy! memang serius sedaplah bun ni, kepada sesapa yang suka Mexican
Bun pasti akan suka sangat dengan bun ni. Nampaknya, Mexican Bun ni jadi
roti favorite saya setakat ini.
Saya
buat separuh adunan sahaja daripada resepi Lilydvalley. Sebenarnya,
saya takut bun saya tak menjadi atau tak sedap. Maklumlah Lylydvalley
cakap boleh dapat 17 biji bun. Bayangkan kalau tak sedap, alamatnya saya
terpaksa membuang 17 biji bun! Kalau buat separuh adunan, cuma 9 biji
bun, takdelah banyak sangat bun untuk dibuang.
Nak
dijadikan cerita, bun ini rupa2nya serius sedap. saya, Mr. Hubby dan
Hasya makan 5 biji di rumah. Lebihan 4 biji, saya bawa ke ofis. Meskipun
sejuk, bun tersebut masih serius sedap! Jadinya, 4 biji bun tu tak
cukup untuk menampung selera rakan-rakan di pejabat saya ini. My
Colleagues, Lain kali saya wat lagi ye!
Bahan-bahan (17 biji bun) - saya buat separuh adunan
i) Filling
200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar
ii) Topping
200 gm mentega
160 gm gula icing
3 biji telur grade A- pukul sedikit
1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
200 gm tepung gandum
iii) Doh Roti
500 gm tepung berprotin tinggi- diayak
2 sudu kecil bread improver + 2 sudu kecil bread softner ( optional)
20 gm susu tepung
75 gm gula castor
3 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil garam
1 biji telur- dipukul
250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
60 gm mentega
Cara-cara
Filling-
Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.
Masukkan esen dan gula perang. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia
untuk digunakan.
Topping-
Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit.
Perlahan2 masukkan telur,gula icing, dan coffee flavoring. Ayakkan
tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga
semua sebati. Simpan didalam peti sejuk sehingga sedia utk digunakan.
Doh Roti
Gaul rata tepung, gula dan garam di dalam mangkuk.
Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
Masukkan telur dan air/susu segar.
Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
Nota:
Saya skip perkara-perkara berwarna biru sebab saya guna breadmaker.
Saya letak semua bahan dan tekan fungsi doh. BM250 tu uli sampai siap.
masuk semua bahan doh |
BM uli sampai siap |
(Saya
tumbuk2 sedikit doh untuk keluarkan angin dan uli guna tangan selama 3
minit). Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil (saya buat 9 biji sbb
separuh adunan) dan tutup dengan film cling (saya tak tahu apa itu film
cling jadi saya tak tutup) selama 10 min.
Leperkan dough di atas tapak tgn dan letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
Rehatkan selama 45 min di tempat panas (saya biar sahaja atas meja).
Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
Bakar dlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.
Masa mula-mula masuk oven |
Dah masak |
Akhir kata, bun ini memang SERIUS SEDAP... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan