Home Klik Di Bawah

Sabtu, 16 November 2013

Sedekah Si Penarik Beca

http://jomcintailmu.com/wp-content/uploads/2012/07/sedekah-2.jpg
4 Manfaat Sedekah (Cr Google)

Sedekah Si Penarik Beca


Kisah Motivasi Pagi yang kita nak kongsi hari ini adalah  terjadi di sebuah disebuah daerah di Jawa Tengah.
Pak kasan adalah seorang penarik beca yang mempunyai amalan sedekah yang unik. Pada setiap hari Jumaat beliau akan memberikan perkhidmatan percuma kepada sesiapa yang menaiki becanya.
 
 

Pada suatu hari Jumaat ada seorang wanita kaya yang menaiki beca pak Kasan. Apabila sampai ke tempat yang dituju, wanita tersebut bertanyakan berapakah tambang yang perlu dibayar. Namun seperti biasa Pak Kasan memberitahu bahawa setiap hari Jumaat beliau tidak mengenakan sebarang tambang kepada penumpang-penumpangnya. Wanita tersebut hanya tersenyum walaupun dalam hatinya agak pelik kerana tidak pernah bertemu orang sebaik pak Kasan. 
http://cp.jurnalhajiumroh.com/uploads/radhite/image/sedekah.jpg 
Kehebatan Sedekah (Cr Google)

Sedekah Si Miskin


Terdetik dalam hatinya untuk menguji Pak Kasan. Pada hari Jumaat berikutnya beliau meminta Pak Kasan untuk membawanya ke rumah Pak Kasan bertemu keluarganya untuk berkenalan. Pak Kasan tidak membantah walau agak terkejut. Apabila tiba dirumah beliau, wanita tersebut tersangat terkejut kerana tempat tinggal Pak Kasan begitu daif, jauh berbeza dari kediamannya yang serba mewah. 
Beliau berasa sangat malu dengan Pak Kasan. Biarpun hidupnya serba kekurangan, beliau masih mampu bersedekah berbanding dengan dirinya yang hidup dalam serba kemewahan tetapi tidak pernah bersedekah. Beliau merasakan dirinya terlau kecil dan hina berbanding Pak Kasan. Segera beliau mengambil keputusan untuk mengajak Pak Kasan sekeluarga untuk menunaikan haji pada tahun tersebut bersama-sama keluarganya. Pak Kasan tersangat gembira dan melakukan sujud syukur.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhO7sx45h47_IfSsroC1TlGm5yCEfUb7Tent11k1bsMQWgI9GIQhEgA80sA4V5eTtw66h8ZbLlO98uSI8vHXRTmoFdBzjB8vHBXBEtkY2UUVdYVmlMskzQJO_k1y8O_TutDTkAK-UCXzls/s400/SEDEKAH+2.jpg
Tidak Akan berkurang harta Kerana Sedekah (Cr Google)
Kesimpulannya terlalunya banyak perkara ajaib yang berlaku kerana sedekah. Dan untuk melakukan sedekah kita tidak perlu menunggu untuk menjadi kaya. Kisah Pak kasan adalah contoh yang terbaik. Dan Allah telah berjanji, jika kita memberi sebahagian dari hak milik kita kepada orang lain, Allah pasti akan membalasnya secara berlipat ganda.

Jaga Diri, Hiasi peribadi. Selamat Beramal & Wasalam.
 http://myblogsantai.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan