Home Klik Di Bawah

Ahad, 17 November 2013

Selalu Mimpi Tanda Kuat Ingatan

Mimpi Jadi kaya

Kerap Mimpi Tanda Kuat Ingatan


Kerap Mimpi Tanda Kuat Ingatan. Itulah penemuan yang dibuat oleh David Sillbersweig, Penyelidik Kanan Cornell Medical Center di New York. Menurut beliau ketika bermimpi, pengalaman sebelumnya berputar semula. Segala maklumat itu akan tersimpan dalam kotak memori pada bahagian otak. 
Semasa ujian dilakukan beliau mendapati bahagian otak yang banyak digunakan menjadi lebih aktif semasa mimpi. Ini bermakna semakin kerap bermimpi maka semakin kuatlah ingatan.
 

Tidur Membantu Meningkatkan Daya Ingatan

Secara purata manusia menghabiskan satu pertiga daripada hidupnya untuk tidur. Kerana itu tidur bukan sahaja merehatkan badan physically, tetapi juga membantu otak meningkatkan daya ingatan. Mereka yang kurang tidur mempunyai tendency untuk cepat menjadi pelupa.

Ketika ujian dilakukan, 18 sukarelawan dipilih untuk menjalani ujian mengingati simbol yang ditayangkan menerusi skrin komputer. Ketika disuruh mengingati kembali apa yang ditayangkan ramai yang gagal untuk mengingati imej-imej tersebut. Kesemua mereka kemudiannya disuruh tidur sebelum mengulangi persoalan yang sama keesokan harinya. Hasilnya, David mendapati mereka dapat mengingati lebih banyak imej dengan pantas berbanding sebelumnya.


Kesimpulannya, Mr david berpendapat otak mengulangi setiap apa yang dipelajari kedalam mimpi dan menyimpannya kembali dalam kotak memori untuk mudah digunakan semula apabila diperlukan. http://myblogsantai.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan