Home Klik Di Bawah

Jumaat, 29 November 2013

Tips Mudah Jimat Belanja Perkhawinan

sekarang ni bila kita sebuat saja pasal kahwin mesti yang difikirkan adalah duit.. ya.. duit is main important thing dalam perkhawinan... kalau tak ada duit macam mana nak kahwin kan...? betul tak...? okeh.. untuk mengatasi masalah kahwin ni, admin ada 10 tips! yang mungkin boleh menjadi panduan anda semua..

 
1. Tetapkan jumlah tetamu supaya kamu dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik.Yalah secara lojiknya kalau tak tahu jumlah tetamu bagaimana nak buat anggaran hidangan makanan, doorgift, kad kahwin dan lain-lain kan?
2. Hantaran dan hiasan pelamin pada masa kini sering menggunakan bunga segar sebagai gubahan. So why not guna bunga plastik saja kerana kosnya yang lebih murah dan tahan lama. Malah selepas majlis pun kamu masih boleh menggunakannya untuk hiasan kediaman. TAk gitu?
3. Buat tempahan perkhidmatan (jurugambar, catering, kad dan etc) sewaktu promosi. Biasanya diskaun hebat diberikan ketika promosi atau pameran pengantin dijalankan!
4. Majlis akad nikah dan persandingan dalam satu hari! (Misalnya akad nikah jam 10pagi dan kenduri pada 12 tgh hari pada hari yang sama- boleh jimat catering!). Sekiranya anda membuat pada hari yang berasingan, hadkan jumlah tetamu pada majlis akad nikah, sebaliknya, jemput rakan taulan anda pada majlis persandingan kecuali BFF andalah!
5. Tidak menempah kad jemputan yang mahal melampau. Boleh juga menggunakan saluran lain seperti telefon, email, sms atau melalui laman sosial seperti Facebook, twitter dsb.
6. Menjemput band atau team kugiran mungkin memerlukan extra kos. Anda boleh berjimat dengan memasang cd-cd lagu.
7. Mungkin ramai yang tidak tahu salah satu cara yang selamat untuk mengawal perbelanjaan anda adalah dengan membuka satu akaun khas untuk perbelanjaan kerja kahwin saja. Jadi ini dapat memastikan yang anda tidak menggunakan kesemua wang simpanan anda!
8. Jadi orang yang kreatif untuk mengubah sendiri barangan hantaran anda, menghias kamar beradu anda dan lain-lain. Adakalanya buat sendiri DIY lebih jauh menjimatkan wang anda dan pastinya memberi kepuasan sebenar. Yeah!
9. Buat survey dan tanya kawan-kawan tentang vendor-vendor yang murah tetapi servis mantap!
10. Jika ada peraduan pakej berbulan madu misalnya cubalah sertainya mana tahu rezeki anda dapat hadiah pakej perkahwinan yang ditaja sepenuhnya macam peraduan Gerbang Perkahwinan oleh Utusan Malaysia! Aihh rugi pula rasa tak join dulu… Hehehe…
Cukuplah dulu 10 tips untuk dikongsi bersama. Tips-tips di atas itu tak perlu anda ikut sepenuhnya. Bergantung kepada kehendak diri anda, keperluan, bajet dan citarasa.

selamat mencuba..
http://persediaanperkahwinan.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan