Home Klik Di Bawah

Khamis, 7 November 2013

Tips Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus




13 Tips Perkahwinan


13 Tips Perkahwinan | Perkahwinan juga perlu di pelihara. Ia perlu dijaga agar perkahwinan itu berlandaskan cara hidup Islam.
13 Tips Perkahwinan Ustaz Azhar Idrus
 
 

  • Ketika Mencari Calon
    - Janganlah mencari isteri, tetapi carilah ibu bagi anak-anak kita kelak. Janganlah mencari suami, tetapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
  • Ketika Melamar
    - Anda bukan sedang meminta kepa orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis
  • Ketika Akad Nikah
    - Anda bukan bernikah di hadapan penghulu, tetapi bernikah di hadapan Allah.
  • Ketika Resepsi Pernikahan
    - Catat dan hitung semua tetamu yang datang untuk mendoakan anda kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk bercerai kerana anda sia-siakan doa mereka.
  • Ketika Malam Pertama
    - Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
  • Hidup Bekeluarga
    - Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tetapi juga semak belukar yang penuh onak duri.
  • Ketika Rumah Tangga Goyah
    - Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.
  • Ketika Belum Memiliki Anak
    - Cintailah isteri atau suami anda 100%
  • Ketika Memiliki Anak
    - Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintailah anak-anak anda masing-masing 100%
  • Ketika Ekonomi Merundum
    - Yakinlah bahawapintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
  • Ketika Ekonomi Baik
    - Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
  • Ketika Anda Adalah Suami
    - Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.
  • Ketika Anda Adalah Isteri
    - Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut,tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.
     http://www.menulismenconteng.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan