Home Klik Di Bawah

Selasa, 17 Disember 2013

Bila Tersilap Tegur Orang

Memang cukup malu bila tersilap sapa orang disangka korang kenal. Untuk menutup kemaluan tersebut di sini aku ada beberapa tips untuk menebalkan balik muka korang yang sudah tipis itu disebabkan korang tersalah tegur orang.

1) Korang terus buat-buat kenal dengan menyebut beberapa tempat yang korang pernah pergi walaupun kawan itu tadi cakap dia tak pernah pun pergi ke tempat tersebut.


2) Korang buat-buat la ada hutang dekat kawan tu... dan memberinya duit. Berkorban la duit itu sikit, mesti kawan itu mengaku dia pun kenal korang.

3) Buat la diri korang macam kurang siuman sikit, pasal nanti kawan yang akan takut dan terus mengelak dari korang.

4) Kalau sapaan korang itu berbentuk panggilan dan kawan tu pun dan padang dan bila korang sedar tersilap orang maka korang cecepat terus berjalan ke arahnya tapi jalan terus lagi kononya ada orang lain lagi yang korang sapa.

5) Kalau kawan itu cakap dia tak kenal, korang kata la dia berlagak... itu la, ini la. Biar dia rasa bersalah walaupun dia tak bersalah. Yang penting korang selamatkan diri yang dah termalu itu.

Perkara di atas ini, banyak sudah orang terkena dan cover balik daripada malu dan terus malu sehingga menyebabkan kemerahan di muka.
 http://www.shakroil.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan