Home Klik Di Bawah

Khamis, 5 Disember 2013

Cara Mengedali Orang Yang Suka Mengongkong

10-Cara-Mengenali-Orang-Yang-Suka-Mengongkong10 Cara Mengenali Orang Yang Suka Mengongkong, orang yang suka mengawal kehidupan orang lain. Mengongkong seseorang ada hadnya, namun dalam konteks berkeluarga adakalanya kongkongan dari ibu dan ayah sudah tentu untuk kebaikkan anak-anaknya. Namun kita seharusnya bijak membezakan ianya satu kebaikkan atau cuma memudaratkan kita. Berikut adalah 10 cara untuk mengenali orang yang suka mengongkong
 
 
 
1. Adakah mereka buatkan anda rasa anda tidak boleh menjadi diri sendiri? Buat anda rasa bersalah? atau rasa lemas? seperti anda yang selalunya kena beralah, selalu kena buat apa yang disuruh?
 
2. Adakah mereka mudah berubah perangai? merajuk tidak tentu pasal bila tidak dapat apa yang dikehendakinya? Dalam bergembira tiba-tiba merajuk tak tentu pasal bagaikan mahu perhatian. Cuba buat orang lain rasa bersalah dengan keadaannya.
 
3. Adakah mereka mempunyai amarah yang meluap-luap? selalu marah-marah? Adakalanya sampai membuli? pembuli adalah orang yang penakut cuba mengawal orang lain. Marah yang meluap-luap bila kita tidak bersetuju dengan mereka? Dalam fikiran mereka, anda sedang mencabar kuasa mereka ke atas anda bila anda tidak menurut arahan mereka. Kononya mereka lebih tinggi pangkat. Lebih bagus dari anda.
 
4. Bagaimana tindakbalas mereka apabila menjawab soalan yang mudah, soalan-soalan yang ditanya boleh merengsakan / menjengkelkan mereka yang ada sifat mengongkong, kerana kalau boleh soalan yang ditanya mudah seperti itu biarlah mereka yang bertanya bukannya orang lain.
Divided
5. Adakah mereka lebih membuatkan anda putus asa, lemah semangat, patah hati berbanding memberi kata-kata semangat atau pujian? Mereka yang suka mengongkong akan cuba mengawal cara anda berpakaian, cara anda bercakap dan mengkritik teruk cadangan anda.
 
6. Bolehkah mereka menerima jawapan tidak untuk sebarang jawapan? Mereka akan sedaya upaya membuatkan anda memberi apa yang diminta. Hak kita membuat keputusan pun mereka akan manipulate agar keputusan mengikut cara mereka.
 
7. Anda sering di ganggu apabila buat perkara yang anda suka? plan sesuatu yang anda ingini? Bila sudah merancang sesuatu anda perlu mengubahnya agar mengikut plan mereka? buat apa yang mereka suka?
 
Tips, Controlling People, Suka Mengongkong
8. Bolehkah mereka dipertanggungjawabkan bila mereka menimbulkan masalah? atau mereka meletakkan segala kesalahan pada anda? Kebanyakkan mereka yang suka mengawal selalu berkata, “anda lah masalahnya”, atau “anda ini bermasalah.” Tiada satu pun salah mereka.
 
9. Lihat apa berlaku pada hubungan anda yang lain. Adakah mereka cuba mencari perbalahan dengan mereka cerita buruk mengenai anda antara anda dengan rakan-rakan lain? Adakah mereka turut memburukkan anda di depan keluarga? Cuba merenggangkan hubungan anda dengan rakan-rakan anda yang lain. Mereka membuatkan anda membenci rakan anda, dan rakan anda membenci anda. Dengan itu anda cuma ada mereka yang berpura-pura baik dengan anda. Anda milik mereka.
 
10. Lihat rakan-rakan mereka yang bersifat mengongkong ini. Mereka yang suka mengongkong biasanya tiada ramai kawan rapat. Kalau ada pun perangai serupa dengan mereka. Mereka jenis yang mudah berasa cemburu pada mereka yang popular, mereka yang berjaya dan akan mengutuk, mengumpat, kritik mereka yang mendapat perhatian rakan-rakan lain. 
 http://azstory311.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan