Home Klik Di Bawah

Rabu, 11 Disember 2013

Kelebihan Jagung Berwarna Ungu Mampu Mencegah Kenser Dan Diabetis

Pada kebiasanya, anda akan menemui jagung dengan biji berwarna putih atau kuning, tetapi tahukan anda jika anda sebenarnya juga boleh menemui jagung ungu? Mungkin anda tidak akan menemui jagung warna ungu dengan mudah di pasaran.

Jagung yang berwarna ungu ini sebenarnya merupakan tanaman yang tumbuh hanya di Peru. Orang Peru sering membuat puding dengan bahan jagung berwarna ungu ini. Jagung ini berwarna ungu di seluruh bahagian jagung.
 

Jagung ungu dikatakan mempunyai kandungan zat antosianin pada warna ungu. Zat ini sangat berguna untuk membantu anda mengelakkan kanser usus besar. Jika orang Peru sering menggunakan jagung ungu untuk di jadikan puding jagung, boleh jadi orang Peru mempunyai usus besar yang sihat.

Ada manfaat lain yang diberikan oleh jagung berwarna ungu ini untuk kesihatan. Jagung ini juga berkhasiat untuk menyembuhkan obesiti serta diabetes tipe 2. Jagung ini membantu pesakit obesiti menurunkan berat badan. Pada pesakit diabetes tipe 2, penurunan berat ini juga akan membuat insulin bekerja dengan baik sehingga darah tidak akan mengalami lebihan kandungan gula.

Pesakit kanser dan kencing manis boleh mengambil jagung ungu yang sudah dijadi minuman, tetapi anda tidak boleh menggunakan gula. Madu boleh digunakan sebagai pengganti gula. Jagung ini sangat membantu untuk menurunkan berat badan sehingga anda yang ingin langsing boleh memilih jagung ini sebagai sebahagian dari menu diet.


 
darishare blogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan