Ice Atau Syabu
Ice
atau Syabu juga dikenali sebagai methamphetamine. Ia juga diberi nama
Glass, Crystal, Quartz, Ice Cream, Hirropon dan Baby Ice. Ianya boleh
mengakibatkan penurunan berat badan secara mendadak dan lebih berbahaya
sebagai perangsang kepada sistem saraf dan merupakan sejenis dadah yang
berpotensi untuk disalahgunakan dan juga boleh menyebabkan ketagihan
yang berterusan
Cara penggunaan Ice :
- Hidu (Chasing the dragon), suntukan dan hisap.
Kesan Ice :
- Boleh berjaga selama 3 - 4 hari
- Hilang berat badan atau sawan yang teruk
- Memberi kesan yang amat bahaya kepada sistem saraf otak.
- Boleh menyebabkan mandul
- Dos yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada hati, buah pinggang, pembuluh darah dan kematian
Fakta: Kesan syabu pada kesihatan
Mental dan emosi: Gila
akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah,
cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat
ganas. Pada dos yang tinggi menaikkan suhu badan kepada tahap
membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.
Kepala: Mulut
kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan
sakit kepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak
putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.
Fizikal: Pengguna
tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat
badan menurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau,
gigi kekuningan, berparut dan luka di badan. Kudis jelas kelihatan
akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga
yang disangka berada pada kulitnya. Kurang daya tahan melawan penyakit
akibat pengabaian kesihatan. Lumpuh.
Saraf: Kerosakan
pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit
Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan) dan penyakit
Alzheimer (dengan fungsi otak menjadi lemah dan nyanyuk).
Jantung dan salur darah: Kerosakan
pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah
meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut. Saluran darah
pecah akibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah.
Perut dan sistem penghadaman: Mengalami gangguan saluran makanan
dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu;
bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan
gangguan kepada perut dan sistem penghadaman.
Sistem peranakan (wanita): Pengambilan
syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran
sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil,
terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan
tumbesaran.
Sistem seksual: Sistem seksual terganggu.
http://hafizan-malik.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan