Home Klik Di Bawah

Sabtu, 7 Disember 2013

MASA PUN PANDAI CEMBURU?

masa,emas,jam,watch,needle,number,round,circle,whiteMASA ITU PANDAI CEMBURU? - Ya, masa memang akan sentiasa mencemburui kita. Bukanlah kerana ia suka atau cintakan kita. Bukan kerana kita kaya, baik hati, dermawan, jutawan, hartawan dan bangsawan. Bukan juga kerana kita tampan, kacak, cantik, ayu dan sebagainya. Tetapi kerana ia perlu beredar, berputar, bergerak, berpindah, bermusafir, berkelana ke satu ruang, tempat, kawasan, lapangan dan kehidupan yang lain.

Selalu geram kerana ketandusan masa?
Jangan marahkan masa. Sebaliknya tanya diri sendiri kenapa tidak bijak dalam menguruskan masa. Kenapa sering melengahkan masa. Kenapa sukar hendak menepati masa. Kenapa masa yang ada tidak dihargai. Kenapa suka sangat membuang masa. Tanyalah persoalan yang jawapannya ada pada diri sendiri. Muhasabah diri lagi dan lagi.


Masa tidak akan kembali lagi.
Benar, kerana tiada kata-kata yang mampu untuk menyangkalnya. Yang gagal takkan mampu memutarkan kembali masa agar dia boleh lulus. Yang mati takkan hidup kembali. Yang tua takkan kembali muda.

Namun, jangan menyerah sebelum berakhirnya masa. Gagal? Bangkitlah semula sehingga kejayaan itu berada di tanganmu. Gagal lagi? Bangkitlah lagi dan lagi. Berpantang maut sebelum ajal. Agi idup, agi ngelaban.

Kematian yang di alami dan disaksikan di atas muka bumi ini bukanlah petanda bahawa telah berakhirnya sebuah kehidupan. Kematian tersebut menandakan bahawa akan bermulalah sebuah kehidupan yang sebenar-benarnya kehidupan. Di SANA, golongan manusia akan menyesali setiap perbuatan yang dilakukan. Menyesali betapa banyaknya masa yang disia-siakan semasa masih lagi hidup di dunia. Menyesali akan masa mudanya yang tidak digunakan untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Menyesali akan masa sihatnya yang tidak digunakan untuk beribadah. Menyesali masa lapangnya dengan banyaknya melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat.
Hendak menyesal? Maka ada baiknya menyesal sekarang kerana mungkin 'esok' sudah tiada. Sediakanlah bekalan selagi masa itu masih berbaki.

Orang tua adalah antara golongan yang majoritinya sering memanfaatkan masa kerana merasakan bahawa kehidupan mereka bakal berakhir. Golongan muda pula kebanyakkannya masih lagi seronok dan alpa dengan nikmat dunia. Tetapi, alangkah malangnya kerana ada juga terjadi perkara yang sebaliknya di mana golongan tuanya sibuk dengan dunianya dan golongan muda sibuk dengan akhiratnya. Segeralah sedar dan menyesali kerana ajal tidak mengira masa dan keadaan. Sampai masa, maka berselimut putihlah jawabnya.

Tiada nilai yang mampu membeli masa. Tewaskan masa sebelum masa menewaskanmu.
Insafi diri yang serba kekurangan ini.

Semoga anda semua menjadi saksi atas setiap penyampaian yang ada di blog ini.
 http://kum-pun.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan