Home Klik Di Bawah

Khamis, 12 Disember 2013

Resepi - Nasi bukhari kambing......resepi sempoi!!!




Assalamualaikum . Resepi nasi ni dah beberapa hari yg lalu membuatnya.... Tetiba je tekak nak makan nasi bukhari ni tapi....malas nak ke pasar. Kalau dah malas....jawabnya, guna je apa bahan yg ada. Sebab tu saya kata resepi ni sempoi je....asalkan tak kempunan!!!!.Tapi yang penting.....anak kata sedap, tu yang hati kembang melihat dia makan bertambah2!!!. Sesapa yg teringin nk mencuba....tapi malas nk guna bahan2 yg macam2.....try cara saya ni. Tapi.....lain orang, lain selera dia. Lain orang lain hatinya.....sebab, dari hati terbit segala rasa....hahaha!!!!!. Jom kita intai.....



NASI BUKHARI KAMBING
Olahan : UDA

Bahannya:
2 cawan beras basmathi
1kg daging kambing - isi + tulang rusuk (direbus empuk)
2 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
4sb rempah kurma
1 kiub pati ayam
1 biji tomato (didadu)

Bahan tumis:
3sb butter/margerin
sedikit kayu manis
sedikit cengkih
sedikit buah pelaga
sedikit bunga lawang
2 helai daun pandan
1 biji bawang besar(dihiris)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 in halia (dihiris)

Caranya:
1. Panaskan butter, masukkan bahan tumis yang lain. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma, daging kambing, air rebusan,susu cair, tomato dan kiub ayam. Gaul hingga sebati.
3. Dalam rice cooker, masukkan beras dan bahan2 yang dimasak tadi. Masak seperti biasa.
4. Bila dah kering, boleh ditabur gajus goreng jika suka.
 http://bilaudamenulis.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan