Home Klik Di Bawah

Ahad, 15 Disember 2013

Tiga cara jodoh itu datang


Allah SWT menetapkan tiga bentuk takdir dalam masalah jodoh iaitu cepat mendapatkan jodoh, lambat mendapatkan jodoh dan menunda mendapatkan jodoh sampai di akhirat kelak. Apapun pilihan jodoh yang ditentukan Allah adalah hal terbaik untuk kita. Allah SWT berfirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (Al Baqarah: 216).

Kita harus mematuhi aturan Allah SWT. Kita juga dibekalkan dengan akal dan petunjuk untuk memahami aturanNya. Ketika kita memutuskan untuk taat atau melanggar aturanNya adalah pilihan kita sendiri. Bagaimana cara kita untuk mendapatkan jodoh adalah pilihan kita. Dengan jalan yang diredhaiNya atau tidak. Tetapi hasil akhirnya tetap Allah SWT jua yang menentukan.
Maka dengan itu, boleh dikatakan jodoh itu datangnya dari tiga macam cara iaitu seperti berikut : 
 

1. Jodoh dari Syaitan :

Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan dan terus buat maksiat. Akhirnya si wanita mengandung baru kamu menikah.


2. Jodoh dari Jin :


Kamu berdua berkenalan. Kamu suka pada dia. Tapi dia tidak sukapadamu. Akhirnya cinta di tolak lalu kamu menemui dukun untuk bertindak dan akhirnya si dia mahu bernikah denganmu.


3. Jodoh dari Allah SWT :


Kamu berdua berpandangan mata yang akhirnya menusuk ke qalbu, Kamu meminang dia, dan dia
menerima pinangan kamu. dan kamu berdua menikah. Insya'Allah kekal hingga akhir hayat. dan itulah yang di katakan cinta hingga ke syurga. 
 http://smskey.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Awak nak main judi sampai berbogel sekalipun, awak boleh berambus dari sini.
    Jangan pernah kembali untuk memperdayakan sy & kawan² sy lagi.
    Do u understand for what i'm talking 'bout?
    Hissh...
    Apa ke biol punya makhluk agen togel tu.

    BalasPadam