Home Klik Di Bawah

Khamis, 5 Disember 2013

WAJIB Baca Sekiranya Mahu Melancong ke Beijing (pengalaman penipuan)

TIPS MELANCONG KE BEIJING

Salam, seriously korang wajib baca apa yang aku nak tulis ni sekiranya korang nak pergi travel ke Beijing especially yang pergi melalui travel agent. Cukuplah pengalaman sekali terkena. AKu tak nak orang kita terutama MELAYU nie kena tipu dek Cina lagi. Bukan Cina Malaysia, tapi Cina kat Beijing nie. Bila teringat balik kisah apa yang berlaku pada kitorang, rasa macam serik nak pergi sana. Tapi mungkin pengajaran buat kitorang dan yang lain-lain supaya suatu hati nanti lebih berjaga-jaga. Sebelum aku nak menaip panjang, biar aku teruskan cerita dengan benda paling penting yang korang perlu tahu sebab takut korang malas nak baca kalau aku melalut panjang-panjang sebab sangat PENTING. Korang perlu baca. PERLU BACA!! yang dah baca sila bagi taw kat kawan-kawan yang lain.
 
 
Ceritanya bermula bila kitorang pergi Beijing melalui travel agen iaitu Silk Kembara (Bukan Nama Sebenar). Agen nie Melayu. Die ikut kitorang skali masa pergi sana. Then masa kat sana, ada sorang lagi tour guide kitorang iaitu local chinese yang boleh tahan jugak cakap Melayu. Sepanjang perjalanan kat sana dua orang nie la guide. But they dont deserve to be called as guide. Bila teringat balik, aku rasa macam nak sepak je dua orang nie. Melayu ngan Cina sama je. Sabar... sabar...... 
 
Since trip kitorang nie dikategorikan sebagai technical visit so kitorang perlu ikut policy government sana dimana dalam tentatif kitorang perlu diselitkan dengan lawatan ke beberapa goverment store. Aku pon x faham sangat sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan technical visit tu. Tapi itulah penerangan dari dua orang guide yang sangat berwibawa habaq ang. For our group, kitorang dibawa ke 7 tempat iaitu Tempat Urut Kaki, Jade, Kristal, Bamboo Charcoal, Kedai Ubat, Kedai Sutera dan Pearl. Sape yang pernah lawat Beijing mesti pernah pergi beberapa tempat yang aku listkan nie. Aku rasa kitorang lagi banyak spent masa kat tempat macam nie berbanding tempat-tempat menarik ex tembok besar, Forbidden City, Summer Palace, Olympic Village. Masa diberikan untuk melawat tempat menarik nie pon lagi singkat berbanding government store tu. 
 
Dua orang agen nie suka bawak kitorang pergi govenment store nie sebab dari situ dorang boleh kaut untung melalui komisyen barangan yang kitorang beli. Mana taknya, harga barang yang jual kat kedai2x nie mahal nak mampus. Tak cukup dengan harga pakej kitorang bayar. Dia nak kaut lagi keuntungan dengan cara camni. Memang dasyat drama dorang nie. AKu boleh rate kan 5/5. Semua kedai nie, dorang xkan bagi korang amik gambar. Strictly prohibited sbb dari awal memang dorang tahu dorang nak menipu.
 
Hampir kesemua kedai memanipulasikan harga untuk kaut keuntungan lebih. Tapi paling tragis, paling bengang, paling tension, paling kuang ajaq, paling aku ingat sampai ke ari ini ialah kedai PEARL. Korang kena ingat, kedai PEARL yang terletak di dalam Beijing National Stadium berdekatan Olympic's Village. Kitorang pergi situ masa hari last. Time tu  hampir kesemua peserta rombongan dah keabesan duit sebab ade yang ditipu di kedai-kedai hari sebelumnya. So masa pergi kedai Pearl nie. Semua macam dah xde mood. Seperti biasa, macam kedai2 lain jugak, bila korang sampai je, akan ada sorang staff yang akan bawak korang masuk satu bilik dan bagi penerangan pasal produk dorang. Sama macam kedai PEARL nie. Tapi staff kat sini sangat kurang ajar. Aku malas nak cerita apa yang dia kurang ajar.  Nanti panjang pulak cerita. Sebelum bagi penerangan tu, beriya dia tanya ada tak diantara kitoang nie yang tahu cakap Cina. Unfortunately, xde sorang pon antara kitoang yg tahu. Yg tahu sikit-sikit tu ada la.
 
Lepas beberapa minit dia bagi penerangan. Then dia cakap tunggu kejap sebab nak panggil die punya Teacher to give further explanation. Dia buat macam kalut-kalut lepas tu dia datang balik cakap teacher dia busy. Tetiba ada sorang budak lelaki masuk. Lebih kurang baya kitorang masuk dan mengaku yang dia nie anak bos dan bakal inherit syarikat pearl tu tak lama lagi disebabkan ayah die tengah sakit. So dia cerita la sikit pasal Pearl tu, how to distinguish the original pearl and fake pearl. Kitorang nie pon semangat dengar. Anak bos kot yang bagi penerangan mana taknye. 
 
Ini die rupa si Apek nie. Yen Yu namanya. AKu tak tahu la dia tipu jugak nama die. So korang mesti kena ingat muka si apek nie.http://awesomernews.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan