Home Klik Di Bawah

Sabtu, 4 Januari 2014

Bahaya Mengata Manusia Lain




Bahaya Mengata Manusia Lain
ANDA pernah difitnah, dikata dan di umpat orang? Pasti ramai yang pernah mengalami situasi seperti ini. Sudah tentu kita akan berasa marah,tertekan, malu dan bercampur baur perasaan ketika itu.
 

Menjauhi Ghibah

Sebagai umat Islam, kita di larang untuk menfitnah, mengata atau menceritakan aib orang lain (ghibah) kerana ia merupakan perbuatan dosa. Kita dituntut menjaga lidah daripada berkata-kata kecuali yang baik dan bermanfaat sahaja. Kadangkala yang harus dan tidak haram itu boleh terseret menjadi haram atau makruh tanpa sedari.

Jika berkumpul atau bersembang dengan kawan-kawan atau saudara-mara, jauhilah perbuatan mengata ini. Jika ada yang memulakannya, mintalah agar berhenti atau tinggalkan sahaja kumpulan itu. Bimbang kita juga turut berdosa.

Firman Allah,

"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang yang jahil"
(Surah al-Qasas ayat 55)

Kesan Ghibah


  • Pergaduhan dan perselisihan faham
  • Tidak bertegur sapa, bermasam muka sehingga memutuskan tali silaturrahim
  • Perpecahan dalam masyarakat umat Islam
Ubat Mengumpat oleh Ibn Wahb al-Fihri

Antara kaedah yang amat berkesan untuk mengelakkan diri daripada terjebak dalam maksiat mengumpat ini adalah seperti yang dilakukan oleh Ibn Wahb al-Fihri. Tabii yang alim ini telah menghukum dirinya dengan berpuasa sunat dan menderma sebanyak satu dirham yang menyamai RM25 atas setiap umpatan yang dilakukan.


Kesimpulan

Jagalah pancainderadan hati kita daripada terlibat dengan fitnah. Muhasabah keburukan diri sendiri dahulu sebelum mengeji orang lain. AKui bahwa diri kita juga banyak kelemahan diri, justeru tidak berbaloi apabila kita sibuk mencari kelemahan orang sehingga mengakibatkan mereka pula akan mendedahkan kelemahan kita.
 http://www.menulismenconteng.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan