Home Klik Di Bawah

Selasa, 7 Januari 2014

Bila Hati Terluka Dek Penipuan Yang Menjelekkan

Penipuan
Setiap insan yang ada di muka bumi sudah pasti akan melalui saat apabila hati terluka. Luka tersebut mungkin akan sembuh esok, minggu depan, bulan depan atau tahun depan. Hanya kesabaran kita dan masa yang menentukan.

Walaupun kita cuba nak yang terbaik, namun pasti dalam kehidupan kita akan ketemu saat luka hati kita sungguh sukar untuk disembuh. Lebih-lebih lagi apabila luka dilakukan oleh orang-orang yang kita sayangi.




Ungkapan maaf, sorry dan memang salah saya, kita buka buku baru, memang senang dihembur dari mulutnya kerana yang menderita dan menahan kesakitan hati yang berderai adalah kita.

Hendak diundur sudah tiada masa. Hendak dibatal mana keluarga nak letak muka. Hendak tak hendak terpaksa dihendak juga.

Biarpun terpaksa dikata orang sudah ludah dijilat lagi aku sabar menahannya kerana hanya dia yang tahu kebenarannya. Kini, yang manis semuanya bertukar pahit!!

KetentuanNya Tidak Adil?

Kadang-kadang terfikir kenapa dunia tidak adil ya Allah??!!

Kenapa aku perlu menerima ujian ini ya Allah, kenapa bodoh sangat aku percaya kat dia ya Allah, kenapa dia nampak dari keluarga baik sanggup buat aku begini ya Allah!! Kenapa time bertunang dan nak kawin sebulan dua lagi baru Kau tunjuk kebenaran ya Allah !! Kenapa dia jodoh aku!! kenapa aku itu dan ini YA ALLAH!!

Memang, macam-macam akan terhembur keluar dari benak kepala kita. Sedar tak sedar, dalam keadaan hati yang berderai dan terluka kesedihan, kita telah berinteraksi dengan Allah dan bertanyakan-Nya kenapa itu dan ini. Lumrah manusia yang hina apabila dalam kesedihan..

Subhanallah !!

Itulah tandanya Allah masih sayangi kita yang hina ini dan menguji kita kerana mahu kita selalu ingati dia.

Saat ketika hati kesedihan dan saat ketika hati kesenangan, yang mana lebih kita ingati Allah ?? Tepuk dada tanya diri sendiri…

Belajar menerima

Pengalamanku mengajar, belajar menerima sesorang yang telah membuatkan hati kita terluka oleh penipuan yang menjelekkan memang sangat sukar sekali kalau nak dibandingkan belajar melupakan seseorang yang telah pergi meninggalkan kita.

Makan, minum dan tidur terpaksa senantiasa berhadapannya. Namun apakan daya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak percaya kat orang padah akibatnya. Apa hikmahnya padaku?

Walaupun berjumpa ustaz atau psikiatri untuk khidmat nasihat dan motivasi, namun oleh kerana kelemahan iman dan ketaqwaan sendiri, masih begitu sukar untuk menerimanya, dan masih sakit dada menahan keperitan hati yang luka kerana penipuan menjelekkan itu.

Penipuan Yang Sukar Dimaafkan

Walaupun acap kali membaca buku motivasi dan mendengar ceramah Ustaz Azhar Idrus berkaitan motivasi dan kekuatan iman, namun hati ini masih berdarah dan lukaku masih berparut teringat saat aku terkesima kesedihan mengetahui penipuan yang menjelekkan itu.

Walaupun hati ini sudah memaafkannya dan redha atas kebusukan hatinya dahulu, namun aku masih tidak tahu samada ianya kejujuranku atau kata-kataku yang terpaksa kuucap demi menyedapkan hati berparut aku ini dek kerana penipuaan menjelekkan itu.

Walaupun kita selalu mempersoalkan ketentuan-Nya yang tidak adil pada akal kita yang terpaksa kita hadapi namun wajib percaya, ketentuan-Nya memang lebih baik daripada kehendak kita manusia yang hina dan penuh dosa. Siapalah kita di hadapanNya…

Godaan Syaitan Untuk Meruntuhkan Sebuah Masjid

Syaitan memang sentiasa bijak mencari peluang untuk mencurah minyak tatkala secebis api amarah memercik dari hati.

Tatkala hati marah, maka pada ketika itulah bisikan-bisikan yang memperjelaskan gambar saat aku mengetahui sebuah penipuan menjelekkan dahulu dan ketika hati aku hancur berderai dahulu makin jelas. Justeru membuatkan api amarahku makin marak semaraknya.

Bila marah orang cakap ambil wudhu, baca Al-Quran atau sekurangnya baca ayat qursi untuk sejukkan hati. Ada aku buat..tapi oleh kerana aku manusia biasa kadang-kadang aku terlupa pesanan itu..

Walaupun sudah hampir dua tahun diuji kesabaran dan menderita saat sebegini alhamdulillah bakal menerima cahaya mata dan tidak ku sangka masjid yang dibina masih utuh. Namun tidak bermakna parut dihati akan hilang selamanya.

Semoga kehadiran puteri abi yang kedua ini akan menghapuskan perasaan jelek, menyampah dan dendam di hati yang lengkap 2 tahun berparut Januari 2014 ini.

Bersama selama hampir 2 tahun dengan orang yang pernah memberi sesuatu yang paling menjelekkan untuk seorang lelaki sememangnya sesuatu yang sukar untuk diterima.

Aku manusia biasa dan penuh dengan kesilapan. Walaupun masih sukar menerima hakikat penipuaan menjelekkan itu tetapi aku perlu redha.

Siapalah aku untuk mempersoalkan ketentuan Allah dan apa aku nak jawab bila Allah tanya ” Adakah kau adil terhadapKu Tuhan Pencipta Sekalian Alam ??”

Aku memohon “Ya Allah kau kuatkan semangat aku, kuat berilah petunjuk kepadanya dan aku, bahagiakanlah keluargaku dunia akhirat, ampunilah dosa ibubapa kami dan hapuskanlah perasaan dendam, geli, jelek, amarahku terhadapnya oleh kerana penipuan menjelekkan itu” – Amin \O
/http://akuislam.com

********

Tiada ulasan:

Catat Ulasan