Home Klik Di Bawah

Rabu, 8 Januari 2014

Bila Tiada Jodoh, Ucapkan “Kamu bahagia, saya juga pasti akan bahagia”

Kamu bahagia
Kamu bahagia hendaknya | A Torn Farewell by BittersweetObsession

Ada kalanya, ada orang yang sudah lama bercinta ataupun mengikat tali kasih, akhirnya ternyata tidak ditakdirkan untuk dapat bersama. Pelbagai sebab yang terjadi yang menyebabkan gagalnya melangkah ke pelamin.

Bagi menutup rasa kecewa, seorang daripada mereka mungkin berkata, “Apabila kamu bahagia, aku juga bahagia.”

Tetapi benarkah perkataan itu ikhlas dan murni dari hati, atau sekadar penyedap keadaan? Selalunya mulut berkata kuat, tetapi hati masih tidak dapat menerima.
 


Dihadapan dia boleh tersenyum ceria, tetapi di rumah dihujani air mata.

Apabila berhadapan keadaan sebegini, teruskan melangkah dan mempersiapkan mental bagi menghadapi kenyataan. Pada awalnya memang sukar.

Tetapi, sekiranya kita terus berusaha sedaya upaya, kita juga berani berkata dengan tulus dan murni dari hati, “Apabila kamu bahagia, saya juga pasti  akan bahagia, Insya Allah.”

Adakah kita berani berkata sebegitu?

Saya percaya, ia bukan soal berani atau tidak, tetapi ia berkenaan cara kita menerima kenyataan. Sekiranya sekadar berkata-kata, semua orang mampu mengungkapkan.

Namun, komitmen dan perjuangan yang luar biasa diperlukan bagi menerima kenyataan dengan ikhlas. Selain itu diperlukan juga keyakinan yang teguh kepada takdir-Nya.

Atas dasar itu, sikap husnuzon atau berbaik sangka kepada-Nya perlu sentiasa tertanam dalam dada.

Semoga Kamu Bahagia, Ucapkan “Barakallahulaka” 

Ini adalah ucapan termanis dan terindah sewaktu kita menghadiri majlis perkahwinannya. Tunjukkan jiwa besar kita dengan mengucapkan Barakallahulaka.

Ia adalah ucapan yang mulia dan penuh dengan doa.

Apabila Uqail bin Abi Thalib berkahwin dengan seorang wanita dari Bani Yasir, Al-Hasan berkata, “Semoga kamu berbahagia dan mendapat ramai anak.”
Uqail menjawab, “Ucapkan sebagaimana Rasulullah s.a.w berdoa, ‘Semoga Allah SWT memberi dan menjadikan kamu bahagia..‘”.

Hadis ini diriwayatkan oleh Nasa’ie. Rasulullah tidak mendoakan mereka mendapat banyak anak, sebaliknya mengucapakan Barakallahulaka – Semoga keberkatan daripada Allah SWT dilimpahkan kepada mereka berdua.

Selepas memberanikan diri dan berkata “Apabila kamu bahagia, aku juga bahagia”, seterusnya adakah kita berani berkata Barakallahulaka?

Sekiranya mampu, pasti lebih baik.

Tetapi sekiranya tidak sanggup dan hati masih belum mampu menerima, usah dipaksa. Usah pula mulut kita berkata barakallahulaka, tetapi air mata berhamburan dipipi setiap masa.

Lisan kita berkata, “Aku bersedia menghadapi realiti”, tetapi hati kita masih menyimpan beban trauma.

Oleh itu sahabatku, berusaha menerima kenyataan dengan penuh kebesaran jiwa, kematangan peribadi dan sikap dewasa.
 http://akuislam.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan