Home Klik Di Bawah

Khamis, 2 Januari 2014

Fakta atau auta tentang pemilik mata berwarna coklat


mata_coklat 
Top nak tanya korang punya warna anak mata apa? Kalau bukan warna coklat, sila menangis sekarang. hehe.. Top buat statement ni berdasarkan kajian daripada penyelidik dari london yang diketuai oleh Karel Kleisner dari Universiti Charles di Republik Czech.

Dia ni suka mengkaji antara wajah penipu dengan wajah seorang yang jujur (macam top ni…haha). Kajian yang dia lakukan dinamakan kajian Pengaruh Interaksi Sosial. Sebelum ni Kleisner pernah melakukan beberapa kajian jugak dan mendapati penampilan wajah secara tidak langsung akan mempengaruhi interaksi sosial seseorang.




Kleisner telah melakukan beberapa ujian, pada ujian pertama pasukan penyelidik telah memberikan beberapa keping gambar kepada lebih 100 orang sukarelawan. Kemudian sukelawan itu diminta untuk memilih wajah yang mereka rasa boleh dipercayai. lebih daripada 70% sukarelawan memilih gambar pemilik mata yang berwarna coklat. Kemudian sukarelawan ditemuramah dan majoriti daripada mereka menyatakan pemilik wajah bermata coklat lebih dipercayai.

Selain daripada itu penyelidik juga mendapati ciri wajah lelaki yang bermulut besar dan berdagu lebar lebih dipercayai berbanding yang berdagu runcing. Ini mungkin dipengaruhi oleh sifat maskulin seseorang lelaki itu. Manakala untuk wanita pula, bentuk wajah mereka tidak banyak memberi kesan kepada tahap kebolehpercayaan mereka.

Kesimpulannya, lelaki penipu lebih senang dikesan daripada wanita penipu.haha…. tolong jangan amik serius sangat apa yang top tulis ni, sebab korang semua ada akal dan gunakanlah pertimbangan yang sewajarnya. sepandai-pandai tupai melompat, lagi pandai anda semua….peace yawww…., 
 http://www.top5reason.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan