Home Klik Di Bawah

Jumaat, 3 Januari 2014

Iman Itu Memaafkan

Kisah Rasulullah Seorang Yang Pemaaf

Safwan Bin Umayyah lari ke Jeddah untuk menaiki kapal menuju Yaman. Dia sangat ketakutan. Ketika itu, Rasulullah s.a.w baru sahaja membuka kota Makkah. Safwan lari untuk menyelamatkan diri kerana sebelum ini dia adalah pemimpin Arab yang sangat memusuhi Baginda.

Namun, Rasulullah s.a.w segera memaafkannya. Baginda memberi kain serban milik Baginda sebagai bukti jaminan pengampunan. Namun Safwan masih tidak mempercayainya. Masakan begitu mudah Nabi Muhammad memaafkan sedangkan angkara kejahatannya terhadap Rasulullah dan islam sangat besar.
 

Ketika kakinya ingin melangkah masuk ke dalam kapal, sahabatnya Umair berteriak untuk menghalangnya dan berkata: "Baginda lebih pemaaf daripa yang kamu sangka!" Setelah dipujuk, Safwan kembali ke Makkah ditemani Umair.

Apabila dibawa menghadap Rasulullah, di berkata: "orang ini (Umair) mengaku engkau telah memberi keamanan kepada diriku." baginda menjawab "Benar khabar yang dikatakannya".
Itulah keajaiban Iman. Imun itu Aman. Orang yang beriman bukan sahaja dapat merasai keamanan dalam dirinya tetapi diaa dapat memberi keamanan kepada orang orang lain.

Rasulullah bersabda yang bermaksud :" Tidak halal bagi seorang Muslim untuk tidak bertegur sapa dengan saudaranylebih daripada tiga hari. Orang yang terbaik ialah orang yang pertama memulakan salam"
menulis menconteng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan