Home Klik Di Bawah

Khamis, 16 Januari 2014

iNFO : Orang Gila Je Suka “Selfie” ?


Tag : Orang Gila Je Suka “Selfie” ? 

Duckface adalah pose yang memerlukan bibir dimuncungkan dan mata disepetkan. Contoh seperti wajah yang gemar dilakukan Kim Kardashian.  Mungkin pelaku rasakan ada iras Kim K apabila melakukan pose ini. Malangnya, bagi wanita yang gemar pose ini, baik hentikan sahaja sebab menurut sebuah kajian saintifik orang gila sahaja gemar pose ini.
 

Secara khusus lebih kepada masalah psikologi yang lebih dikenali sebagai narcissistic atau histrionic.
 
Menurut Dr Pamela Rutledge, Director Media Psychology Research Centre, “Selfie dilakukan untuk mendapat perhatian daripada orang lain. Ini menunjukkan seseorang itu kesepian, selalu ingin menjadi pusat perhatian dan kadang-kala tidak begitu bijak.”
 
Duck face pula menunjukkan seseorang kurang percaya dengan diri sendiri dan wajah semulajadi. Pose duck face memang benar dapat kurangkan kecelaan pada wajah, nampak hidung lebih mancung bagai, tambahan setelah diedit dengan filter, namun hakikatnya menjadikan si pelaku sebagai hamba kepada penilaian orang awam terutamanya apabila diletakkan di laman sosial. 
 http://rfm2u.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan