Home Klik Di Bawah

Rabu, 15 Januari 2014

Kisah Jiwang Love is Cinta...

Cerita nih khas untuk para2 mat-mat jiwang atau minah jiwang! Cerita ni sesuai untuk yang sedang di lamun cinta, sedang mencari cinta, yang putus cinta atau pun tak pernah bercinta. Jika korang semua bukan mat atau minah jiwang atau budak angau korang abaikan lah kisah jiwang nih!!!



Ada satu cerita mengenai seorang lelaki yang paras rupanya tidak lah sehensem tom kurus dan tidak pula macho seperti leornardo dikopi cino ataupun segagah arnold susah nak eja!
 

Tetapi dia seorang yang kaya ... sungguh kaya ... tetapi bukan kaya harta macam harta Ismet Ulam Raja  (bukan raja azrina tau), tetapi dia seorang yang kaya budi bahasa, penuh sopan santun dan juga seorang pendiam. Diam-diam pun, diam ubi berisi!!! Al kisahnya, lelaki yang aku maksud kan itu bernama Aminin (bukan aku taw atau nama sebenar), dia merasa kehidupannya kosong macam tin kosong, dia cemburu melihat kawan-kawannya yang sedang dilamun cinta. Aminin juga seperti kawan2nya yang lain, ada perasaan, ada hati dan juga limpa. Dia sungguh dahagakan kasih sayang seorang kekasih, dahagakan belaian seorang gadis impian dan juga dahagakan air sirap kedai pak mat!

Pada satu hari, ketika dia sedang berlalu di tepi2 jalan di sebuah shopping kompleks, dia terpandang wajah seorang gadis yang mukanya sungguh ayu tetapi bukan siti noridayu, lalu dia mendekati gadis itu yang wajahnya iras-iras pelakon idola iaitu wawa zainal. Paras muka gadis itu sungguh cantik, gebu dan juga halus macam benang halus! Aminin tidak tahan lagi, sampai bila dia harus tunggu, sampai bila harus dia menahan lalu dia terus mencari... . dan terus mencari... akhirnya dia dapat juga jumpa toilet, sejak pagi tadi menahan nak buang kecil! Selepas menunaikan hajat kecil, dia tercari2 di manakah kelibat gadis itu, akhirnya dia berputus asa untuk mencari gadis itu. Lalu pulang kerumah. Keesokannya, Aminin telah terlewat ketempat kerja, kelam kabut dibuatnya, pasti bos (bukan shahrukh khan tau) dia marah giler kat dia.


Inikan bukan kali pertama dia lewat ke tempat kerja, dah la datang lambat, balik nak cepat jer... mana tak bos nya marah.Tanpa dia sedari, terdapat seorang pekerja baru ditempatkan bahagian jabatannya. Pekerja itu seorang perempuan. Apabila Aminin dapat tahu mengenai berita itu, dia terus mencari siapakah gadis itu. Aminin tertanya2 siapa gadis tu? cun kah dia? lawa kah dia tu? cantik kah dia tu? eh sama la tue... .Aminin terus mencari dan akhirnya dia jumpa juga pekerja baru tuh.

Alamak!!! Aminin terkejut, tersentak, ternganga... sungguh tak sangka Kuala Lumpur ni kecik (bukan shila amzah tau) jer, pekerja baru tu sebenarnya adalah gadis yang sama ketika dia terserempak sekitar shopping kompleks semalam! Alangkah gembiranya dia apabila gadis itu berkerja di tempat beliau. Dia memberanikan diri untuk menegur, dia sudah nekad... dia sudah memerhatikan sejak dari tadi, lalu dia terus mendekatinya dan apabila saat menghampirinya, tangannya menggeletar... dia sudah nekad dan akhirnya dapat juga dia mencapai pen biru di atas meja nya!

Aminin mula menulis surat cinta untuk di beri pada gadis itu, wajah gadis itu asyik berlegar2 di ruang kepalanya, aminin sudah mula angau... asyik melayani perasaan. Satu persatu madah dia menulis surat cinta. Surat cinta bunyinya lebih kurang begini :

"Kasihku... setiap kali aku terpandang wajahmu, ku rasa bagaikan kemilau jingga menyinari hidupku, bagai gerimis membasahi dihatiku, bagai kuntuman senyuman menyeri pagi... kau lah bungaku... kau lah gadis ku... yang amat ku cintai... . "

Pergghhhh ... . tak larat... . tak larat dengar ayat-ayat jiwang aminin nih! pasti gadis tu terpikat dengan gaya bahasa aminin yang sungguh indah yang sungguh puitis sekali. Selepas aminin meletakkan surat cintanya di atas meja gadis itu, aminin tidak sabar menunggu keputusan dari gadis itu. Apakah gadis itu akan membalas surat beserta cintanya? Akhirnya... yang ditunggu2 sudah pun tiba, yang dinanti2kan sudah pun menjelma... sekeping warkah berwarna purple bertinta kan warna merah... . pasti membuatkan aminin tersenyum lebar darab panjang darab tinggi! Ketika membuka warkah yang sungguh harum itu yang menusuk di lubang hidung, aminin tidak dapat menahan lagi lalu dia terus bersin... "waahhhhh ... surat pun nak letak minyak wangi ke... " kata aminin yang tidak sabar membaca isi kandungan surat itu. Surat itu tertulis :

"Cintaku bukan di atas kertas, cintaku getaran yang sama, tak perlu dipaksa tak perlu dicari."

Alangkah terkejutnya dia, sungguh dia tak sangka... . ayat2 yang tertulis di dalam surat itu sebijik macam lagu siti nurhaliza. Siul betul ... .. Hampeh ... . Apa lagi, terus aminin mengonyok surat dan buang ke dalam tong sampah... %#!$*&?+$^%

Tamat ...
 http://www.aminin.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan