Home Klik Di Bawah

Ahad, 5 Januari 2014

Maksiat yang Akan Menurunkan Bala

Sumber: google images

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

  1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
  2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  3. Zakat dijadikan hutang.
  4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
  5. Anak derhaka terhadap ibunya,
  6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
  7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
  8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
  9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
  10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
  11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
  12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
  13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
  14. Muzik banyak dimainkan.
  15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain". (Riwayat Tirmizi)

Keterangan:
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir. Semua kelima belas tanda tu memang dah pun berlaku... jadi betullah.. dunia semakin tua, usia semakin singkat, dan bila-bila masa akan tiba tanda kiamat besar pula... renung-renungkan... agar kita tidak tergolong dalam golongan yang lalai...

Sumber: 40 Hadis Tanda-tanda Kiamat
 http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan