Dengan nama Allah Tuhan sekalian Alam...
“HATI”..besar maknanya..bukan sekadar seketul daging merah yang mendiami
jasad seorang manusia..besar maknanya sebuah hati.. hati melambangkan
peribadi dan pekerti.. namun, bukan mudah kita untuk menebak apa makna
sebenar hati atau bagaimana keadaan hati seseorang itu dengan sekadar
melihat luaran sahaja.. mungkin zahirnya kelihatan brutal dan rock..
tetapi dalam hatinya ada taman-taman syurga.. mungkin juga seseorang itu
kelihatan indah pada luaran, namun hatinya pula sebaliknya..entah..saya
sendiri sukar meneka bagaimana keadaannya hati seseorang.. tetapi saya
lebih memilih untuk bersangka yang baik-baik sahaja, bukankah itu lebih
elok?
Menjaga dan mendidik hati.. apa keperluannya?kenapa tidak kita biarkan
begitu sahaja.. tidak.. jawapan saya muktamad.. tidak! Hati yang kosong
umpama rumah yang ditinggalkan tanpa penghuni.. walaupun binaannya kukuh
namun lama kelamaan rumah tersebut akan usang dimamah anai-anai.. dan
bila sampai saatnya, robohlah rumah itu menyembah bumi.. begitu lah juga
dengan hati manusia.. jangan dibiarkan hati begitu sahaja.. jangan
tinggalkan hati kita sendirian tanpa diisi dengan curahan-curahan
keindahan menjadi seorang muslim..
Bagaimana menjaga dan mendidik hati..? menjaga hati, dari sudut
pandangan saya ialah melindungi atau memelihara hati daripada sebarang
unsur-unsur yang mampu membawa kepada rosaknya hati..yang membawa kepada
busuknya hati.. kata orang menjaga anak perempuan lebih susah daripada
menjaga sekandang lembu.. ini benar.. dan saya ingin menambah, menjaga
hati lebih sukar daripada menjaga sekandang unta.. oleh itu, soal hati
merupakan landasan yang paling penting sebelum kita melangkah menjadi
insan yang terbilang di sisi Ilahi.. mananakala mendidik hati, suka saya
fahamkan sebagai satu usaha atau cara atau langkah untuk meningkatkan
kualiti hati ke tahap yang lebih tinggi.. insyaAllah.. kesempurnaan itu
tidak mungkin kita gapai.. malahan mustahil pula.. yang sempurna
hanyalah Maha Pencipta sekalian alam.. namun, kita sebagai hambanya
hendaklah selalu berusaha untuk menjadi lebih baik daripada
sebelum-sebelum ini..dan sekecil-kecil langkah namun merupakan senjata
yang paling penting dalam sesebuah kehidupan yang bermakna bermula dari
keindahan dan kecemerlangan hati..
Apa yang perlu kita buat untuk menjaga dan mendidik hati..? di sini,
saya akan suarakan beberapa pendapat saya melalui pengalaman dan
keinginan saya sendiri.. maksudnya, apa yang sedang saya usahakan untuk
menjaga dan mendidik hati..InsyaAllah..
Niat murni Lillahi Taala
Sebagai orang Islam, kita semua tahu.. segala perbuatan dan amalan kita
bermula dari niat.. tapi jangan pula kita lupa, niat tidak menghalalkan
cara.. perlakuan yang jahat dan keji tidak akan menjadi halal dengan
niat yang baik.. dan dari mana pula lahirnya niat..? niat itu lahir dan
terbit dari hati.. hati yang mulia, melahirkan niat yang mulia.. dan
sebaliknya.. oleh itu, niat yang paling mulia adalah niat kerana Allah..
niatkan dalam hati segala apa yang kita buat hanya untuk Allah.. walau
kedengaran mudah tetapi secara praktikal ianya sangat susah.. saya
sendiri kadangkala lupa, oh tidak, bukan kadangkala.. mungkin selalu
lupa untuk meniatkan semua perkara kerana Allah.. oleh itu, saya akan
mulakannya sekarang.. sebagai manusia yang penuh dengan kecuaian dan
kelalaian tidak salah kiranya saya katakan bahawa setiap perbuatan kita
mempunyai kepelbagaian niat selain khusus untuk Allah sahaja.. ada
sesetengah individu yang melakukan sesuatu kebaikan hanya untuk
menunjuk-nunjuk kepada manusia lainnya.. ada yang melakukan kebaikan
kerana mahukan balasan yang setimpal.. tidak kurang juga yang mahukan
pujian dari orang ramai..
baiklah, daripada memberikan contoh berkenaan orang lain yang bakal
menyinggung hati mereka, molek kiranya supaya saya memberikan contoh
tentang diri dan pengalaman saya sendiri.. dengan ini saya mampu
membaiki kekurangan saya secara tidak langsung.. seperti saya, dan saya
rasa semua orang lain juga begini.. melakukan kebaikan untuk mendapatkan
pahala dan supaya dapat memasuki syurga, mengelak dari masuk neraka..
niatnya kelihatan sungguh luhur dan mulia bukan..? tetapi, andai syurga
dan neraka itu tidak wujud, adakah kita akan melakukan segala suruhan
Allah dan meninggalkan larangannya..? ketika diajukan soalan ini, saya
tersentak dan otak mula giat berfikir, apakan jawapan yang paling tepat
untuk soalan ini..saya biarkan kamu semua menjawab soalan ini kerana
sehingga sekarang saya sendiri masih belum menemukan jawapan.. tetapi,
apa yang saya akan mulakan dan akan lakukan mulai saat ini adalah
meniatkan segala perkara dan perbuatan kerana Allah.. jom join saya..!
Kemanisan ikhlas
Terpaksa.. itulah yang selalu saya rasa ketika melakukan perkara-perkara
tertentu.. walhal solat sekalipun ada ketikanya saya terpaksa memaksa
diri.. astagfirullah.. saya akui rasa terpaksa sebenarnya sangat
menyeksa.. ada ketikanya, saya tertanya pada diri.. kenapa tak tukarkan
saja keterpaksaan itu kepada sebuah keikhlasan.. bukankah itu lebih
manis..? sepatutnya, kita melakukan segala perbuatan dengan hati yang
ikhlas kerana keikhlasan akan membuatkan kita lebih tenang.. apatah lagi
bila berkaitan dengan soal ibadah dan pengabdiaan diri kepada Allah..
ketenangan yang akan kita dapat melakui keikhlasan hati sukar
digambarkan dalam bentuk kata-kata dan rantaian ayat-ayat.. ianya hanya
dapat dirasai oleh mereka yang benar-benar ikhlas dalam ibadahnya..
insyaAllah.. oleh itu, marilah kita cuba sedaya upaya menjadikan
keikhlasan salah satu daripada keutamaan kita dalam melakukan apa
sahaja.. semoga dengan keikhlasan hati kita, Allah SWT akan melebarkan
sayap keredhaanNya buat kita semua.. aamin~
http://cahayadarisyurga.blogspot
Salam.
BalasPadamTerima kasih kerana menerbitkan entri ini. Sememangnya saya tercari- cari entri ini kerana sukarnya menjaga dan mendidik hati ini.
Saya nak bertanya berdasarkan kepada pengalaman saudara :
1) Bagaimana kalau tiba- tiba hati kita mempunyai niat yang negatif? Apa perlu kita buat? Betul, ramai yang saya tanya memberitahu, istighfar. Tapi walaupun kita beristighfar, tetapi ada sikit- sikit niat negatif awal tadi berselang seli hadir dalam hati.
Contoh :
Kita nak solat. Sebab kita tahu solat itu wajib dan kita mmg nak buat kerana Allah. Tiba2 datang kawan- kawan, dan hati kita tiba- tiba berubah dan semacam beritahu "Errrmmm... aku mesti solat dengan nampak khusyuk supaya diorang tahu aku orang alim"
Jadi niat macam tu da berubah. dan selepas solat mula la kita ragu2 samada solat kita tu diterima ke tidak dan sampai ke malam kita akan memikirkannya.
Ada juga kadang2 nak pergi surau.. sbb awalnya mmg niat nak pergi surau.. lepas tu jiran sebelah ternampak plak dan hati ni mula la rasa orang akan lihat kita nampak baik dan sebagainya, walaupun perasaan camtu tak boleh ada sebab jatuh riak plak. bila da camtu, kita plak ragu2 nak ke surau ke tak nak.. kalau terus ke surau, kita akan rasa riak plak.. tapi kalau balik solat kat rumah, rugi plak 27 ganda pahala.
Camne bro? haisshhhh... saya masih mencari jawapan yang sebenar2nya. Bro jangan la plak tulis macam kat atas tu, tinggalkan persoalan lagi untuk pembaca nak jawab.. hehehe... saya ikhlas nak tau ni..
lepas tu, bole tak kalau ruangan ulasan ni tak perlu log in mana2 i.d.. lebih mudah orang nak bertanya kot tanpa perlu dedah diri. cadangan je... :)
n kalau bole tak perlu papar sekali i.d saya jika ulasan ini akan dipapar pada umum. lagi best kalau kita dapat terus interaksi dalam email secara privasi supaya saya dapat tanyakan pelbagai persoalan yang ebrmain dalam fikiran ni
Ohhh)hh
Padam