Home Klik Di Bawah

Sabtu, 11 Januari 2014

Pinggan Warna Merah Efek Mengurangkan Selera Makan

Pinggan Warna Merah Efek Mengurangkan Selera Makan
Pinggan Warna Merah Efek Mengurangkan Selera Makan | Satu kajian mendapati makan menggunakan pinggan berwarna merah akan membantu mengurangkan jumlah makanan yang dimakan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh ahli akademik Jerman dan Switzerland, hidangan yang disaji menggunakan pinggan atau cawan berwarna merah dapat membantu mengurangkan pemakanan atau minum seseorang sebanyak 40 peratus.
 

Saintis mendakwa warna merah mungkin menggalakkan mereka kurang makan kerana ia sering dikaitkan dengan keadaan bahaya, berhenti dan larangan.

“Ini bermakna kerajaan dan industri makanan boleh menggunakan warna merah dalam pembungkusan makanan tidak berkhasiat untuk membendung pemakanannya,” kata mereka.

Dalam kajian tersebut, 41 pelajar lelaki diminta minum teh daripada cawan dilabel dengan warna merah atau biru. Mereka didapati kurang minum sebanyak 44 peratus dari cawan berlabel merah. Dalam bahagian kedua kajian tersebut, 109 orang dihidangkan roti pretzel menggunakan pinggan berwarna merah, biru atau putih.

Mereka yang mendapat pinggan berwarna merah hanya makan dikit berbanding yang lain. Hasil kajian itu disiarkan dalam jurnal Appetite. Ursula Arens oleh Persatuan Diet Britain. 
 http://www.myhealth.gov.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan