Home Klik Di Bawah

Sabtu, 18 Januari 2014

Resipi Wanita Solehah

“Innalillahi wa innalillahi rajiun… kepada Allah kita datang kepadaNya kita kembali… “
solehah-41
Cerita berlaku di dalam sebuah bas, yang hendak menuju ke suatu tempat yang sangat jauh.. saat itu musim panas.. Salah seorang penumpang itu adalah seorang wanita yang sangat cantik, muda dan bergaya. Penampilannya yang anggun dan bergaya itu menarik perhatian penumpang-penumpang lain dalam bas. Apabila wanita itu mula duduk di tempatnya, dia ditegur oleh seorang lelaki tua, dengan sopan berkata

“Wahai anak muda maafkan pakcik yang ingin menegur penampilan anak, pakcik rasa pakaian anak ini tidak sepatutnya dipakai kerana melanggar hukum agama dan mungkin akan mengakibatkan sesuatu yang tidak baik terjadi pada diri anak sendiri..” wanita itu terkejut dan berasa amat marah lalu berkata dengan lantangnya “berpakaian adalah HAK SAYA dan pakcik telah mengganggu keselesaan saya” pakcik tadi terdiam seketika kemudian wanita itu berteriak lagi “jika memang pakcik mahu, ambil pensel ini, tempah dan tuliskan untuk saya, tempatkan saya di NERAKA TUHAN pakcik” beristighfar pakcik dan sebahagian penumpang-penumpang dalam bas tersebut.




Selepas beberapa jam, suasana kembali sepi, bas akhirnya sampai ke destinasi, terlihat seorang penumpang akan wanita muda tadi yang begitu lena dalam marahnya sebentar tadi.. “Cik, bas sudah berhenti” panggilan itu tidak diendahkan, lalu dikejutkan lagi berulang kali namun reaksinya sama, tiada berbalas.. setelah diperiksa denyutan nadinya, ternyata wanita itu telah kembali kepada Allah dan ternyata dia meninggal dalam keadaan menentang Allah.. moga Allah merahmati rohnya insha Allah ameen..

Kisah sebentar tadi adalah situasi wanita islam yang tidak menjaga peribadinya yang sememangnya mulia di sisi agama itu sendiri, WANITA ITU AURAT, WANITA ITU FITNAH.

“Aku melihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti ini, kerana ada pemandangan yang dasyat di dalamnya. Telah aku saksikan ahli neraka adalah kaum wanita” Rasulullah ditanya mengapa kaum wanita itu ramai di dalam neraka? “Ini kerana wanita itu mengkufurkan suaminya, dan mengkufurkan ihsannya, jika engkau berbuat baik sebanyak mana pun, dia masih tetap belum berpuas hati. (Riwayat Bukhari)

Maksudnya di sini, kita ketahui yang wanita adalah golongan yang beremosi, mudah mengatakan sesuatu tanpa berfikir secara baiknya terlebih dahulu, tidak sabar dalam menghadapi sesuatu kesusahan dan kesakitan, contohnya dalam menguruskan rumah tangga, melayan suami, mendidik anak-anak dan sebagainya, akibat ketidaksabaran ini mungkin akan menimbulkan rasa ketidakpuasan hati dan merungut serta tidak bersyukur, jadi tanpa sedar, sikap yang ada dalam diri kita ini, menjadikan dan memungkinkan kita tergolong dalam golongan di atas.

“Apabila seorang wanita telah menunaikan solat lima waktu, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, memelihara diri dan kehormatannya, dan taat kepada suaminya, maka masuklah dia ke dalam syurga dari mana-mana pintu syurga yang dikendakinya” (Riwayat Tabrani)

Jadi jelas dalam hadis di atas, mudah sahaja syarat kita sebagai wanita untuk masuk ke syurga.. ya mudah, namun kerana emosi yang sentiasa bersangka buruk, merungut, dan berkata yang perkara yang buruk dan bukan-bukan, menjauhkan kita daripada memasuki syurga illahi. Di dalam hadis tersebut juga dinyatakan tentang syarat-syarat yang akan menjamin seseorang wanita itu untuk masuk ke syurga :-

1) Menunaikan solat lima waktu.
Rasulullah pernah di tanya oleh Abdullah bin Mas’ud “Wahai Rasulullah apakah amalan yang paling utama? Baginda menjawab “solat pada waktunya”" jadi istilah menunaikan solat ini bukanlah hanya berjaya melakukan solat lima waktu itu sahaja, tetapi turut menetapi waktu solat, iaitu solat pada waktu dan tidak melengahkannya dengan sengaja.

2) Mengerjakan puasa di bulan Ramadhan.
Berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi menahan nafsu. Nafsu dari segi berkata bukan-bukan, bersangka buruk, dan sebagainya “Apabila kamu berpuasa, pendengaranmu, penglihatanmu, lidahmu juga turut berpuasa daripada yang haram, jauhilah daripada perbuatan menyakiti jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal, usah biarkan hari berpuasa dan tidak berpuasa adalah sama (Riwayat Bukhari)

3) Memelihara kehormatan diri.
Kehormatan diri di sini adalah dari aspek aurat dan pergaulan. Bagaimana aurat itu boleh menjadi fitnah dalam pergaulan? Umum mengetahui bahawa menutup aurat itu wajib, seperti dalam firman Allah Surah Al-Ahzab “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ” (33:59) . Juga dalam surah yang sama  

“Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)” (33:32)

Namun menutup aurat luaran sahaja belum mencukupi syarat menutup aurat, seringkali kita lihat, wanita-wanita menjadi kes gangguan seksual lelaki, sedangkan mereka bertudung atau boleh kita katakan dia sudah menutup auratnya, namun, adakah dia telah benar menutup auratnya???

Berdasarkan surah An-Nuur “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya” (24:31)

Berdasarkan dua surah di atas, saya highlight kan beberapa perkara penting dalam menjaga kehormatan diri, aurat dan bagaimana ia boleh mengelakkan fitnah :

1) Melabuhkan pakaian menutup keseluruhan tubuh badan semasa keluar rumah kecuali yang zahir iaitu muka dan tapak tangan, selain daripada itu, ia di kira aurat.

2) Berkata dengan kata-kata yang baik dan bukan dengan cara menggoda yang boleh menimbulkan syahwat dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan.

3) Menyekat pandangan daripada memandang yang haram.

4) Tidak memperlihatkan perhiasan dan aurat kecuali pada yang mahram. Mahram adalah yang haram untuk di nikahi selama-lamanya.

Point terakhir adalah mentaati suami, ini buat wanita-wanita yang telah bernikah, harus diingatkan, sesudah ijab kabul berlaku, tanggungjawab kalian telah berubah, jika dahulu, selepas mentaati perintah Allah dan Rasul, anda harus mentaati perintah ibu bapa, namun ia berubah dengan mengutamakan suami dahulu.

“Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya…” (4:34)

“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya adalah wanita yang solehah. Bila engkau memandangnya, ia menggembirakan (menyenangkan)mu. Bila engkau perintah, ia mentaatimu. Dan bila engkau keluar meninggalkannya, ia menjaga dirinya (untukmu) dan menjaga hartamu.” (Riwayat Bukhari)

Jadi dengan menjaga solat, puasa, kehormatan diri dan mentaati suami, kita boleh pilih untuk masuk syurga melalui mana- mana pintu.. indahkan? nak atau tidak terletak dalam tangan kita. Semoga Allah mampu menjaga diri, hati dan iman kita, agar kita mampu menaikkan darjat kita daripada muslimah kepada mukminah dan solehah dunia akhirat.. ameen.. sekian perkongsiaan untuk manfaat bersama.
:)
“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)

Wallahua’lam….Selamat Beramal 
i lu islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan