Jangan tunggu hingga tua. Jangan hanya dalam kesakitan. Jangan hanya dalam kesempitan. Jangan hanya kadang-kadang. Taubat....jangan tangguh-tangguhkan. Duhai saudara yang amat aku kasihi dan sayangi sekalian...
Tua...belum pasti. Umur yang panjang juga belum tentu akan dijalani. Sakit...tidak semua yang akan mengalaminya. Tetapi.....MATI, ia merupakan satu kepastian yang pasti dan pastinya akan berlaku dalam sesebuah kehidupan. Tidak mengira siapa dan apa. Daripada manusia, binatang, tumbuhan dan sebagainya. Pasti dan pasti akan merasai kesakitannya maut.
Hanya DIA, Tuhan yang Maha Esa akan kekal buat selama-lamanya.
Aku Malulah...
Malu...satu perbuatan yang baik jika ianya bertempat dan akan menjadi sebaliknya jika ia tidak bertempat. Malu untuk bertaubat dan berubah ke arah kebaikan bukanlah satu perkara yang wajar. Usah diturut rasa yang akan membinasakan. Kembali ke pangkal jalan dengan rasa penuh kehambaan. Dugaan pasti dan pastinya akan sentiasa ada. Tempuhilah dengan penuh sabar dan redha akannya. Semoga itu menjadi sebuah petanda bahawa kita adalah insan yang disayangi oleh-Nya.Tak pernah solat, puasa dan sebagainya...
Tak tahu caranya? Berjumpalah dengan alim ulama' untuk belajar. Tuntutlah ilmu dari guru-guru yang mursyid. Bertanyalah dengan mereka yang tahu. InsyaAllah, arah serta tujuan itu akan segera ditemui. Sinar kebahagian dan kedamaian akan dirasai.Jangan pernah malu untuk bertaubat dan berubah ke arah yang lebih baik. Tapi, malulah kerana tinggal di dunia ciptaan-Nya dalam keadaan derhaka dan ingkar akan perintah-Nya.
Diasingkan oleh segelintir golongan manusia. Jangan bersedih kerana akan
ada segelintir darinya yang akan mendekati dan menyayangimu. Jika
tiada, maka janganlah berduka kerana.....Allah SWT akan sentiasa ada
bersama-sama dengan dirimu
http://kum-pun.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan