Home Klik Di Bawah

Jumaat, 10 Januari 2014

Syukuri Nikmat SIHAT & MASA LAPANG

Riang melihat anak kecil berlari.Yang dewasa masing-masing berkejar-kejar dengan urusan masing-masing.Tempoh 24 jam bagai singkat untuk menguruskan segalanya.Sihat adalah nikmat yang perlu disyukuri.Masa yang lapang tanpa apa-apa juga turut merupakan nikmat yang Allah kurniakan.


  

Dalam ayat ini Allah menyebutkan,Manusia(kita) banyak membazir waktu.Bazir yang bagaimana?Membazir dengan perkara lagha yang tidak lansung berikan faedah untuk diri kita sendiri.Baik dunia mahupun akhirat.Jadi,Allah beri panduan untuk kita gunakan kesempatan yang ada dengan cara gunakan setiap detik untuk ingat akan DIA, beramal solaeh dan saling menasihati dalam kebenaran dan sabar.



Rasulullah ada menyebut bahawa akan hadir 5 perkara sebelum 5 perkara.Alahhh...macam lagu Raihan yang popular tu.




Hadis ini mengajar kita bahawa setiap yang diberikan itu adalah nikmat yang perlu kita syukuri.Mata yang boleh melihat,telinga yang bisa mendengar.Tangan dan kaki yang boleh bergerak dan mulut yang boleh berucap.Kita gunakan ini semua untuk apa? Adakah untuk keMAKSIATan ?? Atau melakukan hal yang boleh menambah amalan kita sebagai hamba yang hina ini?



Fokus kini adalah nikmat SIHAT.Kesihatan ini nilainya amatlah mahal dan tiada tolok banding harganya.Ramai antara kita akan menyedari nikmat ini berharga apabila kesakitan,datang menerpa diri.Usaha demi usaha kita laksanakan bagi mengubati kesakitan itu.Alhamdulillah ,Allah beri sembuh atas sakit itu.Tapi lepas sihat sahaja,kita lupakan Diay yang menyembuhkan,lalai dengan dunia yang fana'...itulah MANUSIA.Bila sembuh,mulalah... "Baguslah ubat ni,mujarab tau!!"...."Doktor di klinik tu bagus,comfirm sihatlah..." Maka telah kufur kita pada ALLAH.Jadi ingatlah DIA sahaja yang bisa menyembuhkan apa sahaja kesakitan,bukan ubat dan doktor.



 
Detik demi detik masa berjalan meninggalkan kita.Kalau terleka dek godaan syaitan,maka ketinggalan jauh dalam mengejar waktu untuk beramal.Biasanya kita sibuk uruskan urusan Duniawi sampai lupa akan akhirat.Sampai selepas solat ,nak wirid sekejap pun tak boleh.Kerja lebih utama,nanti takut bosa marah pula.EH!?? Rezeki itu siapa bagi?? ALLAH yang bagi...jadi jangan takut kalau ingin menjalankan hukum ALLAH.Ingatlah,adakalanya kita senang,adakala kita susah sangat sampai terasa sempit sangat.Tapi bila senang mengapa kita leka? dan bila susah baru terkapai-kapai mencari belas kasihan ALLAH??

""SYUKURILAH NIKMAT MASA LAPANG YANG DIBERI PINJAM SEBENTAR INI......"




 


Hal ini cukup Rasulullah bimbang pada ummatnya.Seorang yang bersyukur akan nikmat sihat dan masa lapangnya yang Allah kurniakan, haruslah dia laksanakan perintah ALLAH dan jauhi semua laranganNya ,maka dia terhindar dari golongan "maghbun" (orang lalai semasa sihat dan waktu lapang).

Ironinya gunalah nikmat sihat dan waktu lapang dengan sebaiknya.Dengan mensyukuri semua nikmat,akan menjadikan kita manusia beruntung dunia dan akhirat serta menambah Mahabbah pada Illahi.....

Wallahua'lam....
http://blognurhafiznoh.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan