Home Klik Di Bawah

Jumaat, 10 Januari 2014

TABARRUJ (Sesuai di Baca )

Assalamualaikum semua!!

ALHAMDULILLAH...syukur pada ALLAH atas izinNya,dapat kita berkongsi ilmu lagi... :)

Baik,sebelum ini sering dibicarakan tentang 'aurat' ,  ' jilbab' 'soal pakian' dan lain-lain lagi.Tapi jarang kita dengari tentang "TABARRUJ". Mungkin ada dikalangan kita pernah mendengarnya dan memahami akan maksud nya.

OK, sekarang kita lihat maksud TABARRUJ itu. Terdapat banyak maksudnya,tapi kita ambil yang mudah difahami sahaja ya!.
 
 
  
 

TABARRUJ ::: Menampakkan kecantikan / menonjolkan keelokan wajah serta tubuh badan serta fitnah keduanya.Seperti kata Imam Bukhari, "Tabarruj itu mempertontonkan seorang 'wanita' akan kecantikannya"

Pendapat kedua:: Memperlihatkan kecantikan,pakian,serta perhiasan kepada lelaki ajnabi.

Fokus utama kini adalah WANITA. Sering dibicarakan tentang wanita kerana soal aurat ini kebanyakan diambil mudah oleh wanita era alaf 21 kini.

Perhiasan ada semula jadi dan yang dibuat/dicipta.

Semula Jadi


  • Merangkumi kecantikan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan .


Dicipta


  • Pakian , pewarna rambut , wangian(perfume) , celak , tatu , bertindik dll


***Perhiasan yg dicipta itu tidak semuanya HARAM.Cuma kita perlu guna akal fikiran dan iman untuk bezakan yang Haram dan Halal.



Tahukah anda,TABARRUJ itu Haram!!

"Eh, awak ni,suka-suka hati cakap kalau tunjuk kecantikan itu Haram... mana bukti nya??"
Buktinya ada dalam al-Quran dan Hadith . Bukti pertama ialah berdasarkan hadis Rasulullah saw.

"Sesungguhnya wanita itu adalah aurat,maka apabila dia keluar (dari rumah),maka syaitan mengunggul-unggulkannya agar(nampakkan kejelitaannya)" Sunan Tarmizi

Then,Firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31 ::



Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.



"Dan hendaklah kamu tetap diam dalam rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan orang Jahiliyyah zaman dahulu...."

Hal berkenaan Tabarruj(perhiasan) ini tidak menjadi masalah untuk menjadi tatapan sang suami.Ini atas sebab tiada batas aurat antara suami dan isteri yang Sah itu. Tapi untuk tatapan lelaki ajnabi(bukan mahram) yang lain ia dikira Haram.Tidak kira lelaki itu telah biasa dengan kita sejak kecil,atau jiran atau sepupu sekali pun aurat dan masalah tabarruj ini perlu dijaga baik.

Wanita kini banyak terpengaruh dek media massa.Contoh mudah ditelevisyen sendiri,artis-artis berpakaian yang menjolok mata,ber 'make up' agar dipandang cantik dan menawan oleh orang lain.Ini semua pengaruh Yahudi yang semakin kuat dalam diri masyarakat dunia kini.

 

"..ok,ia diharamkan.But,benda ni beri effect ke pada mereka yang amalkan tabarruj ini???.Alah...make up pun takkan tak boleh??.."

Ok lah,make itu boleh,tapi ala kadar sudahlah,jangan berlebihan sangat ye.. Effect TABARRUJ ni memang banyak.Kalau beri kesan positif pada manusia,tentu ulama tidak membicara soal ini.Masalah kin,ia beri kesan NEGATIF amat besar sekali.

1) Bila dah pakai seksi,dedah sana dedah sini.Tentu mata lelaki tak lepas memandangnya.Jadi,boleh terjadi kes rogol atau lebih teruk lagi.

2) Bila pakai dah cantik,menawan,hati mula bicara "... wahhh..ramai orang kata aku cantik,tak sangka betullah...next time kenalah lagi cantik-cantik..kalau tak jatuh reputasi aku.." Nah!! sifat Takbur dan Riyak mula timbul dan terus menyumbang dosa dalam buku amalan kita.

3) Make up (RM 200) ,Baju(RM 250), dan yang lain-lain.Kos tinggi! Secara tak lansung kita telah ikut sifat syaitan iaitu "membazir"

4) "..Bang,saya nak beli beg tu,cantiklah!!..Lepas tu kita pergi kedai kasut and baju pulak ye..semua baru sampai dri Paris tu.." Amboii~ bukan main lagi cik akak ni.Suami awak tu mampu tak?? Kalau tak,bukankah menyusahkan suami itu and macam-macam masalah timbul nanti.

Banyak lagi effect nya,tapi apa yang penting kini bersama pelihara diri kita,ahli keluarga dari terus bergelung dek dosa kerana tidak tahu hukum TABARRUJ itu. Sekarang dah tahu,jadi ambil iktibar atas silap yang lalu.

"Kenapa perlu tayang aurat,seksi,meng'GEDIK' depan lelaki bukan mahram?? Tapi tidak pada suami sendiri?? "
*bagi yang sudah bernikah :D


 
Simple kan. Make up sikit2(ala kadar) ,tak perlu berlebihan.


Wallahua'lam,
Sekian...
 http://blognurhafiznoh.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan